Posts

Showing posts from October, 2012

MEKAR '12 - Mengerat Kesatuan, Menyubur Pengorbanan

Image
Kaherah, 27 OKTOBER –   Setiap tahun, sambutan Hari Raya Aidil Adha disambut dengan penuh meriah   di segenap pelusuk negara Islam. Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) juga tidak terkecuali untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini. Majlis Eidul Adha dan Sambutan Ulang Tahun BKAWM (MEKAR ’12) telah disambut dengan meriah selama 3 hari di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Pelbagai persiapan telah dibuat bagi menjayakan program ini antaranya termasuklah program gotong-royong khas sempena MEKAR ’12 yang menerima penglibatan daripada kesemua penghuni ARWP. Selari dangan temanya pada tahun ini, iaitu ‘Taat dalam Pengorbanan Memacu Keunggulan Sahsiah’, MEKAR’12 mempunyai objektif utama untuk memacu keunggulan sahsiah melalui pengorbanan yang perlu dilakukan dalam kehidupan di samping merapatkan ukhuwah antara ahli BKAWM sebagai sebuah institusi keluarga bagi menggantikan keluarga yang jauh di Malaysia. Selain itu, tidak lupa juga untuk

DG Gabungan - Medan Pemerkasaan Ukhuwah Mahasiswi

Image
Kaherah, 13 Oktober 2012 – Unit Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir  (BKAWM) sesi 2012/2013  telah menganjurkan Discussion Group Gabungan khusus buat mahasiswi di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, pada 12 Oktober 2012. Discussion Group atau singkatannya DG merupakan nama khas bagi program usrah yang dijalankan secara mingguan pada setiap Jumaat. DG merupakan antara medium terpenting dalam membentuk kefahaman dalam kalangan ahli BKAWM juga sebagai saluran merapatkan ukhuwah. Pembukaan  usrah bagi  sesi ini, Unit Fasilitator merancang untuk mengadakan DG Gabungan bagi mengeratkan lagi ukhuwah di antara mahasiswi lama dan baru. Selain itu, pencerahan mengenai perjalanan Discussion Group yang akan dijalankan pada setiap hari Jumaat turut diberi penekanan. Program yang bermula seawal jam 7.00 pagi ini telah dipengerusikan oleh saudari Afifah bt Ramli, Timbalan Unit Fasilitator. Antara aktiviti menarik yang telah

HTU '12 - Menaut Ukhuwah, Membina Kebersamaan

Image
Kaherah, 5 Oktober 2012 - Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) telah mengadakan program Hari Tautan Ukhuwah (HTU '12) bermula 1 hingga 3 Oktober 2012 yang bertujuan membina persediaan buat para peserta yang merupakan pelajar - pelajar baru yang tiba di Mesir 29 September lalu. Pada sesi kali ini, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menerima kedatangan 24 orang pelajar baru yang terdiri daripada 6 orang pelajar Pengajian Islam dan 18 orang pelajar Perubatan. Program telah berlangsung dengan lancar dan diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Pelbagai slot menarik telah dijalankan bertujuan memberi persediaan awal kepada mereka dalam memasuki alam mahasiswa di Mesir. Antara yang menarik ialah slot berbentuk pengisian seperti Slot Teknik Muamalah dengan Arab Mesir, Slot Talkshow Alam Mahasiswa, Slot Mesir: Antara Permata dan Kaca serta Slot Forum Motivasi dan Kecemerlangan. Selain itu, mereka turut diberi pendedahan

Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai MAIWP Meriah

Image
Kaherah, 1 Oktober 2012 - Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan bersempena dengan kedatangan dua orang pegawai   MAIWP iaitu Puan Wan Maizatun Wan Hassan dan Encik Mohd Saifuddin Md Tahir. Kedatangan kedua-dua mereka bertujuan mengiringi 24 orang pelajar tajaan MAIWP ke Mesir yang terdiri daripada pelajar Perubatan dan Pengajian Islam. Majlis telah diadakan   di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) bermula pada jam 8.30 malam. Majlis berlangsung dengan meriah sekali dengan kehadiran pelajar tajaan MAIWP dari seluruh Mesir. Majlis bermula dengan ucapan Yang Dipertua, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2012/2013, saudara Muhd Bazli bin Zakaria yang mengalu-alukan kedatangan mahasiswa baru tajaan penaung rasmi BKAWM itu. Seterusnya ucapan turut disampaikan oleh Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff selaku pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan ucap