Posts

Showing posts from February, 2019

[ KALAM PIMPINAN: BERSAMA BERSATU ]

Image
        Assalamualaikum wrh wbt. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, kita diberi kesempatan untuk meneruskan ketakwaan kepadaNya, diberi kudrat dan kekuatan untuk mentaati suruhanNya dan meninggalkan laranganNya.        Kesatuan kaum muslimin di atas al haq dan larangan berpecah-belah adalah merupakan perkara yang agung di dalam Islam. Allah SWT mewajibkan kepada kita untuk berpegang kepada kitab dan sunnah NabiNya, baik dalam keyakinan mahupun perbuatan. Akan tetapi, realiti umat masa kini menganggap bahawa perkara ini tidak memainkan peranan penting dalam melakukan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya disebabkan terdapat beberapa perkara yang mereka berselisih. Maka ketika mereka berselisih itu, selayaknya bagi mereka untuk kembali kepada kitab dan sunnah NabiNya kerana keduanya terdapat penyelesaian un

[ HIKAYAH '19: UKHUWAH TERPATERI,TERUKIR MEMORI ]

Image
[ HIKAYAH '19: UKHUWAH TERPATERI,TERUKIR MEMORI ] KAHERAH, 16 Februari 2019, - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 telah berjaya mengadakan program Hari Keluarga Wilayah Persekutuan 2019 (HIKAYAH '19) selama dua hari. Pada hari pertama program di sebelah siswa telah diadakan di City Camp, Obour City manakala di sebelah siswi bertempat di Ain Soukhna. Ahli jawatankuasa pelaksana program ini terdiri daripada 15 orang. Seramai 94 peserta siswa dan siswi telah menyertai program ini.      Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Saudara Muhammad Aiman bin Md Rashid dan diiringi bersama pengarah program HIKAYAH '19 Saudara Muhammad Muazul Amin bin Mohd Adlan.      Antara objektif penting HIKAYAH '19 ialah mengeratkan dan mengukuhkan tautan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM dan memanfaatkan masa lapang ahli dengan perkara berfaedah. Program ini juga dapat melahirkan ahli ya

[ BERITA: KELAS ADOBE PHOTOSHOP ]

Image
[ BERITA: KELAS ADOBE PHOTOSHOP ] KAHERAH, 4 Februari 2019 - Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan Kelas Adobe Photoshop yang bertempat di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.  Kelas ini diadakan bertujuan  mengasah kemahiran asas ahli melalui penggunaan Adobe Photoshop. Program ini telah berlangsung dari jam 7.30 malam sehingga 9.30 malam dengan kehadiran 12 orang mahasiswa dan 19 orang mahasiswi. Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis dan diteruskan dengan sesi penerangan Adobe Photoshop yang disampaikan oleh saudara Amirul Arif bin Shukri, Setiausaha Agung BKAWM sesi 2018/2019. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi. Pihak program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Pelaksana yang bertungkus-lumus menyumbang masa dan tenaga demi menjayakan Kelas Adobe Photoshop ini dan tidak lupa juga kepada yang menyumbang dana

[ BERITA: LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KALI KE-50 ]

Image
[ BERITA: LAWATAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA KALI KE-50 ] KAHERAH, 27 & 29 Januari 2019 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa kali ke-50 di bawah seliaan Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2018/2019 pada tarikh 27 Januari bagi siswi dan 29 Januari bagi siswa. Tujuan utama lawatan ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua mahasiswi/wa yang berada di Perlembahan Nil untuk mencari serta membeli kitab - kitab yang mereka perlukan di pesta buku pada kali ini. Sebanyak 1,273 penerbit menyertai pameran buku kali ini, dibahagikan kepada 4 dewan iaitu dewan 1 untuk kitab turath, Al Azhar dan Arab Saudi, dewan 2 untuk penerbit arab dan asing, dewan 3 untuk penerbit Mesir dan akhir sekali, dewan 4 adalah dewan utama dan penerbit buku kanak-kanak. Lawatan ini bermula pada jam 11.00 pagi. Semua ahli berkumpul di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan bagi mendengar taklimat ringkas dan sedikit pen

[ BERITA: KURSUS BENDAHARI (TREASURE IT 2019) ]

Image
[ BERITA: KURSUS BENDAHARI (TREASURE IT 2019) ] KAHERAH, 28 Januari 2019 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah berjaya melaksanakan satu kursus yang diberi nama Kursus Bendahari (Treasure It 2019) di bawah kelolaan Jabatan Bendahari Agung dengan kehadiran yang memberangsangkan.      Tujuan utama kursus bendahari diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa/wi yang berkemahiran dari segi pengurusan kewangan organisasi dan menyelaras etika dan gerak kerja umum bagi setiap bendahari Jabatan, Lajnah, Unit dan Program BKAWM. Kursus ini dirasmikan oleh saudara Abdul Wafi bin Alias Penasihat BKAWM sesi 2018/2019.      Antara penekanan utama diberikan kepada peserta merangkumi bidang tugas umum bendahari dan laporan kewangan harian persatuan.      Slot pertama “Meet The Treasurer” telah disampaikan oleh saudara Muhammad Nasrul bin Jamal, Koordinator Bendahari Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MGBKAN). Slot ini memberi pendeda