KALAM PIMPINAN: DETIK AKHIR BERSAMA RAMADAN
[ KALAM PIMPINAN: DETIK AKHIR BERSAMA RAMADAN ] Bismillahirrahmanirrahim اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين Masya-Allah, tanpa disedari kita sudah menghampiri penghujung Ramadan al-Mubarak. Terasa baru sahaja masuk ke dalam bulan Ramadan. Agak-agaknya kita sudah berjaya atau tidak mencapai matlamat utama puasa Ramadan seperti yang disebutkan dalam al-Quran? لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ “…supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah: Ayat 183) Untuk mencapai hakikat takwa yang sebenar, bukanlah suatu perkara yang mudah. Namun, ia juga bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai jika disulami dengan usaha dan kekuatan iman. Dengan masa yang berbaki ini, marilah kita bersama-sama mengerah segala kudrat untuk merebut peluang yang ada. Moga-moga Allah memilih kita untuk menerima rahmat dan pengampunan-Nya serta tergolong dalam kalangan mereka yang bertakwa. Di dalam Kitab Fadhail Ramadan wa Ahkamuhu karangan Dr. Abdullah Nasih Ulwan, disebutkan beberapa amalan yang...