[ KALAM PIMPINAN: GEJALA POP-ISLAMISME DALAM KALANGAN UMAT ISLAM ]
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang- orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya: "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SAW menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan". Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?" Nabi SAW menjawab: "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud) Hari ini, kita semakin kerap berbicara tentang Post-Islamisme yang berkaitan dengan pemikiran Liberalisme. Harus juga kenali, bahawa “sepupu” kepada Post-Islamisme ialah “Pop-Islamisme”, iaitu pemikiran yang terlajak merai budaya-budaya pop ata...