IHTIRAM '13 - Nuzul Quran dan Badar Qubra
Kaherah, 27 Julai - Pada 27 Julai bersamaan 18 Ramadan yang lalu, IHTIRAM '13 peringkat Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan program Nuzul Al-Quran dan Badar Kubra. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) taakhi zon A dan sebagai menambah thaqafah dalam diri setiap ahli. Program yang bermula sekitar jam 5.00 petang itu dimulakan dengan persembahan qasidah yang dijemput khas daripada BKAN Kedah. Selepas itu majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran qiraat 7 daripada mahasiswa Shoubra. Perasmian kempen Ihya Lughatul Arabiah juga telah diadakan dan telah dirasmikan oleh Nurul Syahidah binti Hamzah, Timbalan Unit Pendidikan dan Pengetahuan. Beliau menyeru agar semua ahli dapat mempraktikkan penggunaan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian. Majlis berhenti seketika sementara menunggu waktu berbuka dan diisi dengan lantunan qasidah. Pengisian kemuncaknya bermula selepas solat te...