[ BERITA: UCAPTAMA YDP DAN PENGENALAN AJKT HEWI ]
KAHERAH, 16 November 2017 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah mengadakan Majlis Ucaptama Yang Dipertua BKAWM sesi 2017/2018 di Surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Majlis bermula dengan slot pengenalan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM sesi ini. Majlis diteruskan dengan slot pembentangan pembawaan BKAWM sesi ini oleh Yang Dipertua BKAWM sendiri dan seterusnya membuka sesi perbahasan kepada ahli-ahli yang hadir. Pelbagai cadangan dan komentar yang membina telah diberikan menunjukkan kecaknaan ahli terhadap kesatuan ini. Segala cadangan dan komentar yang diberikan telah diteliti dan disusun di peringkat pimpinan untuk merealisasikan pembawaan BKAWM sesi ini dengan cara yang terbaik. Semoga segala keputusan yang dibuat dapat dijayakan secara bersama dan mendapat pertolongan ser...