FIKIR '14 Menyuburkan Suasana Ilmiah
KAHERAH, 21 September 2014– Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menganjurkan satu program ilmiah iaitu Festival Ilmuwan Kontemporari 2014 (FIKIR ’14) dengan bertemakan “Sejarah Terdahulu, Panduan Generasi Baharu”. FIKIR ‘14 telah diadakan bertujuan untuk menyuburkan budaya perbincangan ilmiah secara sihat dan progresif serta mendedahkan kepada ahli mengenai peristiwa penting sepanjang abad ke-20 dan hala tuju umat Islam pasca kejatuhan khalifah. FIKIR ’14 ini diserikan dengan alunan qasidah dari kumpulan Qasidah BKAWM sebagai persembahan pembukaan program FIKIR ’14. Kehadiran peserta pada program ini amat memberangsangkan dan suasana ilmiah yang kondusif dapat dirasai sepanjang program FIKIR ’14 ini berlangsung. Program FIKIR ’14 telah diadakan selama sehari bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Pe...