Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi MAIWP
Kaherah, 9 Mei – Majlis Ramah Mesra Bersama Delegasi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah diadakan bersempena dengan kehadiran rombongan tersebut dari Malaysia. Majlis telah diadakan pada 9 Mei yang lalu di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Anak-anak Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar tajaan dari seluruh Mesir serta penghuni asrama telah menghadiri majlis pada malam itu dengan kehadiran mencecah 150 orang. Rombongan delegasi telah diketuai oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Tuan Haji Ismail Porjo serta empat orang pegawai MAIWP iaitu Tuan Saharuddin Sarwan (Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan), Tuan Faridilatras bin Abdul Rahman (Bahagian Baitulmal),serta Tuan Wan Mohd Sanusi Mohd Noor (Penasihat Undang-undang). Majlis bermula selepas Maghrib, dimulai dengan ucapan daripada Pegawai Asrama, Encik Ahmad Yahya bin Muhd Haniff. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Faridilatras serta Tuan H...