Posts

Showing posts with the label mgb

KONGRES BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI : SATU SEJARAH TERCIPTA! MERCU KESATUAN TEGUH TERBINA

Image
KHAMIS, 30 Mac 2017 – Satu program yang dinamakan Kongres Badan Kebajikan Anak Negeri anjuran Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri (MG BKAN) telah diadakan buat julung-julung kalinya di Mesir. Kongres BKAN ini diadakan di Dewan American Future Language School. Program yang bertemakan “Bersatu Hati, Teguh Berdiri” ini telah berjaya menghimpunkan seramai 1261 orang mahasiswa dan mah asiswi Malaysia di Mesir.   Program ini dimulai dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Nazif bin Shaari, Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) sebagai wakil barisan Yang DiPertua. Seterusnya program diteruskan dengan slot pembentangan dan perbahasan isu mahasiswa Malaysia di Mesir yang dikendalikan oleh wakil YDP BKAN. Slot ini membincangkan empat topik utama iaitu isu hisbah yang dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Arif bin Hamzah (YDP BKPJM), isu hak mahasiswa oleh Ustaz Muhammad Anuar bin Abdullah (YDP BKKIMM), manakala isu akademik dan...