Posts

Showing posts from March, 2018

[ KALAM PIMPINAN : KEBERKATAN DI SEBALIK UJIAN ]

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, pencipta segala makhluk, sungguh tidak ada tuhan selain Dia. Seterusnya selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta para pengikutnya. Semoga Allah menilai tulisan ini sebagai satu sumbangan yang kecil untuk menguatkan jiwa-jiwa kita dalam menghadapi  tempoh ujianNya. Sebelum masuk kepada perspektif keberkatan, mari kita menghayati dahulu apa itu ujian yang sebenarnya. Adakah ianya satu perkara yang sengaja  Allah datangkan kepada kita? Tidak. Ayat berkaitan ujian yang dirakamkan di dalam al-Quran bukanlah sengaja diturunkan, tetapi untuk Allah SWT menguji hambaNya sejauh manakah Allah SWT di hati kita. Ujian itu tidak berfokus kepada bala bencana yang diturunkan Allah SWT sahaja bahkan, ujian yang terbesar bagi yang bernama manusia adalah kebahagiaan, kekayaan dan kesenangan. Mengapa saya kata begitu? Ya, kerana bilamana kita berada di ‘zon seles...

[ KOMIK HISBAH | IKHTILAT HARAM ]

Image
[ KOMIK HISBAH | IKHTILAT HARAM ] Terlalu ramai ulama yang sudah menulis kesan buruk ikhtilat tidak syari’e. Tetapi, ramai yang tidak endah dan menganggap ia seolah-olah perkara kecil. Kalau kita tidak menjaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati. Apabila mata suka memandang kepada ajnabi, Apabila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi, Apabila telinga suka mendengar suara ajnabi, Apabila tangan suka bermesej dengan ajnabi, Apabila kaki suka melangkah bersama ajnabi, Apabila diri suka meraih perhatian ajnabi, Maka kita akan mudah jatuh hati. Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah. Namun, isu ikhtilat ini masih dianggap remeh, bahkan ramai “pendakwah muda” yang tidak menjaga perkara ini, berpasangan islamik dan sebagainya. Sangat parah. Kalau pendakwah pun begitu, bagaimana pula orang awam? Adakah kita ha...