KAHERAH, 21 Ogos 2016- Bersempena cuti semester musim panas, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Jaulah Soifiyah Fayoum 2016 (SAFI ‘16) khusus untuk siswi. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 yang lalu dengan bertemakan "Jaulah Menelusuri Ibrah". Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menghayati dan mentadabbur alam ciptaanNya, serta menambah ilmu dan meluaskan pengetahuan ahli dalam sejarah melalui tempat yang dilawati. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mengisi masa lapang serta memanfaatkan waktu cuti, di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM khususnya dengan ahli baru. Antara tempat yang telah dilawati oleh para peserta ialah Tasik Qarun, iaitu tasik ketiga terbesar di Mesir yang mana, disitulah Allah SWT menenggelamkan Qarun beserta harta kekayaannya. Kemudian, para pes...