Posts

Showing posts from August, 2022

[ KALAM PIMPINAN: SABAR DAN SYUKUR ]

Image
  [ KALAM PIMPINAN: SABAR DAN SYUKUR ]  بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW. Dari Shuhaib bin Sinan r.a. dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: عجبًا لأمرِ المؤمنِ . إن أمرَه كلَّه خيرٌ . وليس ذاك لأحدٍ إلا للمؤمنِ . إن أصابته سراءُ شكرَ . فكان خيرًا له . وإن أصابته ضراءُ صبر . فكان خيرًا له Maksudnya: “Alangkah mengagumkan keadaan orang yang beriman, kerana semua keadaannya (membawa) kebaikan (untuk dirinya), dan ini hanya ada pada seorang mukmin; jika dia mendapatkan kesenangan dia akan bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya, dan jika dia ditimpa kesusahan dia akan bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.” Ketika mana kita diuji, maka terzahir nilai iman melalui sabar dan syukur. Cukupl

[ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PEPERANGAN BADAR ]

Image
  [ KALAM PIMPINAN: HIKMAH PEPERANGAN BADAR ] Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Bersyukur segala nikmat Allah yang tidak dapat dihitung jumlah banyaknya.  Menelusuri sirah yang telah diceritakan oleh Dr. Mustafa as-Syibaie, dalam kitabnya Sirah an-Nabawiyah Durus wa 'Ibar, peperangan Badar merupakan peperangan yang dihadapi oleh tentera muslimin dalam keadaan tiada persediaan untuk berperang.  Bahkan dengan kelengkapan dan bilangan tentera muslimin ketika itu yang tidak ramai iaitu 313 orang berbanding tentera musyrikin dengan bilangan kira-kira 1 000 orang tentera.  Namun sejarah menunjukkan kemenangan dalam pertempuran tidak bergantung pada kuantiti atau bilangan tentera tetapi ditentukan dengan kekuatan rohani yang ada dalam setiap jiwa tentera muslimin, disebabkan itulah mereka mencapai kemenangan.  Lihatlah sewaktu sebelum bermulanya peperangan, tentera musyrikin mengadakan pesta arak sambil didengarkan nyanyian oleh penyanyi wanita dan diiringi dengan paluan gendang