Posts

Showing posts from April, 2012

Carta Organisasi Unit Ekonomi BKAWM Sesi 2011/2012

Image

Kebajikan Anda Tanggungjawab Kami.

Image
KAHERAH, 21 April 2012 – Saudara Khairul Fikri bin Che Mat merupakan pelajar Maahad Bu'uth Islamiah Al-Azhar Kaherah telah mengalami kemalangan ketika mewakili pasukan bola sepak BKAWM di Dumyat. Beliau mengalami masalah di kaki kanannya akibat pelanggaran di lutut ketika bermain bola.

Ribat BKAWM with PERUBATAN

Image
20 April - KAHERAH. Surau Sri Putra, ARWP diserikan lagi dengan Ribat BKAWM yang ke sekian kalinya. Suasana hening di waktu pagi dihidupkan dengan Qiamullail yang bermula jam 3.20 pagi yang diimamkan oleh Saudara Ab Samad bin Abdul Aziz (Mantan Penasihat BKAWM). Ribat diteruskan dengan solat Subuh berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Mohd Ehsan bin Abu Hassan. Kemudian hadirin disajikan dengan tazkirah Subuh yang disampaikan oleh Dr Ahmad Faiz bin Zaib. Beliau merupakan

Selamat Bertugas Ustaz Aziz Bin Haji Mohamad

Image
Mac lalu, Baitulmal MAIWP menerima kepimpinan baru bagi menerajui Bahagian ini sejak jawatan ini dikosongkan pada 1 Januari 2011. Ustaz Aziz bin Hj Mohamad, Pengurus Bahagian Baitulmal yang baru berkuatkuasa 16 Mac 2012 merupakan pegawai yang dipinjamkan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Cawangan Sabah berkelulusan Ijazah Sarjana (M.A) Syariah dan Undang-Undang , Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Syariah dan Undang-Undang dan Diploma Undang-Undang dan Pentadbiran Kehakiman Islam (DAIJ) daripada Universiti Islam Antarabangsa. Selain itu juga beliau pernah menghadiri Special Course for Senior Islamic Officers, Muslim College London, United Kingdom. Beliau pernah bertugas di Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Majlis Agama Islam Kelantan, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), dan Jabatan Pembangunan Persekutuan ICU, JPM. Warga kerja Baitulmal khasnya mengucapkan sel

Ribat Agenda Tarbiah Ruhiyah BKAWM

13 April 2012, KAHERAH - BKAWM meneruskan lagi agenda pentarbiahan rohani ahli dengan meneruskan aktiviti mingguan iaitu Ribat BKAWM yang dikelolakan oleh Unit Surau, Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan BKAWM yang dijalankan pada setiap malam Jumaat. Ribat dimulakan dengan bacaan surah Yasin antara waktu Maghrib dengan Isyak pada malamnya. Ribat diteruskan pada keesokan harinya dengan aktiviti Qiamullail dan diteruskan dengan solat fardu Subuh berjemaah. Aktiviti pengisian rohani diteruskan lagi dengan bacaan zikir munajat beramai-ramai sebelum majlis tazkirah dimulakan. Ahli BKAWM amat bertuah pada Ribat kali ini kerana pentazkirah telah diundang khas daripada BKAN Taakhi bagi BKAWM iaitu wakil daripada Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK). Pentazkirah bernama Saudari Fasihah yang dijemput khas ini merupakan salah seorang pimpinan (Ketua Unit Perumahan Dan Rehlah) MKKK sesi ini. Tajuk tazkirah pada Ribat kali ini juga tepat dengan keadaan dan situasi kini. Bersesuaian dengan tari

Kalam Pimpinan - Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, selaut rasa syukur dipersembahkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang tidak terkira sehingga ke detik ini. Selawat dan salam buat insan agung, Nabi Muhammad SAW, para sahabat, serta para pencinta dan pejuang yang terus thabat dalam menegakkan agama Allah SWT di muka bumi. Firman Allah SWT, Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. At-Taubah : 20 Pelbagai fasa telah kita lalui sepanjang sesi pengajian ini. Menghadiri kuliah dari pagi hingga ke petang hari, ditambah dengan kelas praktikal, malah tidak kurang juga yang gigih ke kelas-kelas tutorial bagi menambah ilmu di dada. Masing-masing berhempas-pulas mencari dan menagih mutiara ilmu daripada guru-guru, tidak kira yang berada dalam jurusan Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan.

Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke 14

Image
11 April - Rakyat Malaysia sukacita menerima Yang di-Pertuan Agong yang baru apabila Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14. Majlis penuh adat istiadat itu telah dilaksanakan di Istana Negara tepat jam 10 pagi.Surat pengistiharan pertabalan itu telah dibacakan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang turut dihadiri oleh Raja-raja Melayu yang lain. Ini merupakan pertabalan baginda yang kedua sebagai yang di-Pertuan Agong setelah ditabalkan untuk kali pertama pada tahun 1970 dan berkhidmat selama lima tahun selaku Yang diPertuan Agong yang kelima.Inilah kali pertama, seorang sultan ditabalkan untuk kali yang kedua dalam sejarah negara Malaysia sejak sistem ketua negara ini diperkenalkan pada tahun 1957. Semoga dengan pengisytiharan ini, Malaysia mampu melangkah lebih cemerlang dalam pembangunan tanpa mengabaikan aspek pembinaan sahsiah dan modal insan yang menjadi tonggak kek

2 Permata BKAWM Pulang Ke Tanah Air

Image
10 April, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir menyaksikan kepulangan dua lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti selama penubuhan BKAWM. Mereka ialah saudara Faiz Bin Mat Zaid, graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah dan saudari Mardhiah Binti Abdullah Rahim yang juga graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah. Saudara Faiz Bin Mat Zaid mula aktif dalam khidmat sosial dan dunia persatuan di Mesir, khususnya dalam BKAWM sejak tahun 2008 iaitu sebagai ketua Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAWM sesi 2008/2009, Timbalan Yang Dipertua BKAWM sesi 2009/2010 dan ahli lembaga penasihat BKAWM sesi 2010/2011. Seterusnya beliau aktif dalam menawarkan khidmat musyrif dan pemandu pelancong bagi tetamu dan pelancong dari Malaysia. Saudari Mardhiah Binti Abdullah Rahim pula pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Hewi BKAWM sesi 2006/2007, Timbalan Ketua Lajnah Dakwah Dan Tarbiah BKAWM sesi 2007/2008, Naib Peng

Perwakilan BKAWM Ke Majlis Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012

7 April, KAHERAH – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menghantar perwakilan seramai 23 orang ke Majlis Ucapan Dasar Presiden PMRAM 2012 yang telah dijalankan di Dewan Abdullah Kamil Kaherah. Seramai 13 orang perwakilan siswa diketuai oleh saudara Muhammad Shazni bin Mazlan dan 10 orang perwakilan siswi diketuai oleh saudari Rafida binti Haniffa telah bertolak dari ARWP seawal jam 7.00 pagi.

Tabung Kebajikan - Kesihatan Ahli Diutamakan

Image
5 April, KAHERAH – Tabung Kebajikan di bawah seliaan Lajnah Kebajikan telah menyumbangkan sejumlah LE250.00 kepada saudari Nurun Ainaa binti Othman, mahasiswi jurusan Syariah Islamiyah Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah yang telah menghidap tumor di bahagian tertentu pada badannya sejak beberapa bulan lalu. Beliau telah selamat menjalani pembedahan pada 1 April lalu dengan kos pembedahan berjumlah LE900. Lajnah Kebajikan diwakili oleh Timbalan Lajnah Kebajikan BKAWM, saudari Siti Norhalimah binti Saleh diiringi oleh Perwakilan Mahasiswa BKAWM cawangan Iskandariah, saudari Liyana binti Ahmad telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada saudari Nurun Aina di kediamannya.

SINAR`12 Siri Kedua Memotivasi Ahli

5 April KAHERAH – Unit Pendidikan Dan Pengetahuan (UPEP) dengan kerjasama Lajnah Dakwah Dan Pembangunan Insan (LDPI) BKAWM telah berjaya menganjurkan program motivasi Semarak Peribadi Mahasiswa Cemerlang (SINAR’12) siri kedua dengan tema “Menjana Mahasiswa Harapan” Program motivasi ini adalah sebagai satu wasilah untuk memberi persediaan kepada mahasiswa/wi yang bakal menghadapi peperiksaan fasa kedua bermula Mei akan datang. Dengan ini, beberapa objektif telah disusun : 1 - Memberi pencerahan kepada ahli akan peranan mereka kelak serta kepentingan merancang masa depan. 2 - Meningkatkan kerohanian dan jati diri ahli. 3 - Membantu ahli mendekatkan diri kepada Allah.

Taqwim Solat April 2012

Image

Kelas Tasmi' Al-Quran bersama Masyaikh. Mari sertai beramai-ramai.

Image

Lajnah Kebajikan - Info Kesihatan

Image

Selamat Hari Lahir Sahabat April

Image
Barisan kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 dan ahli BKAWM mengucapkan selamat hari lahir kepada semua sahabat April.

UPEP - Tingkatkan Motivasi Diri Dalam SINAR`12 Siri 2

Image