[BERITA: EID QURBAN WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 (EID QURBAN ‘20)]
KAHERAH,30, 31 Julai, 1 dan 2 Ogos 2020 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020 telah mengadakan program Eid Qurban Wilayah Persekutuan 2020 (EID QURBAN ‘20) selama empat hari yang bertempat di Asrama Wilayah Persekutuan Baharu. Pada hari pertama program, telah berlangsung majlis perasmian yang dirasmikan oleh Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Azrul bin Ismail dan perutusan Aidiladha daripada Yang Dipertua BKAWM, Saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri. Pada hari kedua, program dimulakan dengan solat sunat Hari Raya Aidiladha. Kemudian diadakan tazkirah khas yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Bazli bin Zakaria serta program gotong royong dan penyediaan tempat penyembelihan dan melapah. Antara objektif program kali ini ialah: 1. Meraikan sambutan Aidiladha dalam norma baharu. 2. Mendidik jiwa untuk bersifat tabah dan sabar dalam mentaati perintah Allah. 3. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anak Wilayah Persekutuan. 4...