Kalam Pimpinan: Sambutan Maulidurrasul
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih memberikan dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan nikmat islam. Tidak dilupakan juga selawat dan salam buat junjungan besar kekasih Allah Nabi Muhammad SAW bersama ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah banyak berkorban demi menyampaikan risalah Islam kepada umat baginda. Alhamdulillah juga kita masih diberikan kesempatan untuk menyambut hari yang bersejarah buat umat Islam seluruh dunia. Pada tanggal 12 Rabiul Awwal telah lahir seorang bayi yang sangat hebat iaitu kekasih Allah Nabi Muhammad SAW. Kelahiran baginda dipenuhi dengan kejadian-kejadian luar biasa, dimulai dengan peristiwa padamnya api di kerajaan Persia, hancurnya sembahan - sembahan batu di sana, dan penyerangan pasukan bergajah untuk menghancurkan Kaabah. Namun tentera ini dileburkan oleh burung-burung yang dikirimkan Allah dari syurga, kerana peristiwa itu, din