Kalam Pimpinan: Mencapai Kejayaan Dalam Kehidupan
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji-pujian hanyalah untuk Allah Rabbul Izzati atas segala nikmat dan ujian yang telah dikurniakan oleh Allah SWT di dunia mahupun di akhirat kelak. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda. Firman Allah SWT di dalam Al-Quranul Karim : Mafhumnya : “ Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. ” ( Surah Al-Mukminun Ayat 1-2 Juzuk 18 ). Kejayaan duniawi dan ukhrawi merupakan antara elemen yang sentiasa disematkan dalam mentaliti insan rabbani sebagai matlamat utama dalam kehidupan. Terdapat pelbagai bentuk kejayaan yang dapat dilihat dalam aspek kehidupan rohani mahupun jasmani. Antaranya adalah tahap intelektualiti seseorang individu yang sering diimpikan oleh golongan mahasiswa seperti kita. Maka, unsur ini diserapkan dalam jiwa kita sebaga