KAHERAH, 28 Disember 2014 - Seperti sedia maklum, sekarang merupakan tempoh dihentikan semua aktiviti selain daripada aktiviti berbentuk pendidikan dan akademik untuk waktu sementara bagi memberi laluan kepada ahli-ahli BKAWM mengadakan persediaan bagi menghadapi musim peperiksaan fasa pertama bagi sesi ini. Begitu juga dengan Discussion Group (DG) secara bersilibus. Namun begitu, DG Amali masih berjalan seperti biasa bagi memastikan hubungan ukhuwah Islamiah sesama ahli BKAWM terus terjalin meskipun ketika musim peperiksaan. Justeru, Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2014/2015 dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan BKAWM sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan DG Amali Gabungan di peringkat siswa pada hari Jumaat yang lalu dengan mengadakan sukan futsal.