Posts

Showing posts from February, 2021

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021 ]

Image
KAHERAH, 22 FEBRUARI 2021 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2021 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Wilayah Persekutuan Lama dan Surau, Asrama Wilayah Persekutuan Baharu.   Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Wan Muhammad Asif Hidayat bin Sharudin selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2021.   Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Lajnah Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (LKSR) diikuti dengan Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP). Seterusnya Lajnah Pendidikan dan Pengetahuan (LPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH). Seterusnya,...

[ KALAM PIMPINAN: UMAT AKHIR ZAMAN ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين    Alhamdulillah hingga ke saat ini kita masih lagi diberi peluang untuk merasakan nikmat Iman dan Islam yang merupakan hasil dari usaha dan pengorbanan para ulama dan pendakwah yang berterusan dalam memikul tugas yang diwariskan oleh Baginda Muhammad SAW. Dengan semangat inilah Islam dapat tersebar luas ke persada dunia termasuklah ke negara kita sendiri. عن أبي زيد عمرو بن أخطب الانصاري رضي الله عنه قال: "...فأخبرنا ما كان وما هو كائن فأعلمنا احفظنا." (رواه مسلم) Maksudnya: Daripada Abu Zaid, Amr bin Akhtab al-Anshari r.a, katanya: “…Baginda memberitahu kepada kami perkara-perkara yang telah terjadi dan perkara-perkara yang bakal terjadi. Maka sesiapa yang terpandai di antara kami, dialah yang paling banyak menghafalnya.” (Hadis Riwayat Muslim)    Hadis tersebut merakamkan khutbah Baginda SAW yang panjang menerangkan tentang hal-hal permulaan penciptaan mak...