Nadi Syabab,Hayyu Sadis, 16 OKT- Selepas berhempas pulas dengan memerah keringat dalam menjayakan program-program sepanjang bulan ini, pihak Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di bawah Unit Kebudayaan, Keseniaan Dan Sukan (UKKS) telah menganjurkan Friendly Match dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra (MAQAZ)yang bertempat di sini. Tujuan perlawanan itu diadakan untuk menjayakan konsep taakhi yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)yang bernaung dibawahnya. Selain itu, ia juga untuk mengeratkan lagi ukhuwah diantara ahli-ahli BKAWM dan MAQAZ itu sendiri. Perlawanan yang berlangsung selama dua jam itu menghasilkan natijah yang terbaik kepada semua pemain kerana dapat berkumpul bersama-sama dan menunjukkan bakat masing-masing serta berkenal-kenal diantara satu sama lain terutamanya kepada AJKT baru dengan senior-senior BKAWM. Perlawanan tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila ramai ahli BKAWM turun padang beramai-ra...