Posts

Showing posts from December, 2018

[ RISALAH BIAH SOLEHAH: SOLAT JEMAAH ]

Image
Solat berjemaah merupakan salah satu tuntutan penting dalam Islam. Solat berjemaah menzahirkan syiar Islam dan memupuk semangat kesatuan dalam kalangan orang Islam. Jika solat itu diwajibkan ke atas setiap Muslim, maka solat berjemaah pula seakan-akan ganjaran berganda untuk Muslim. عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّی اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : صَلَاةُ الجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلَاةِ الْفَذِّ بِسَبْعِ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ. Daripada Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sembahyang berjemaah itu lebih afdal daripada sembahyang dengan dua puluh tujuh kali ganda”. Riwayat Bukhari dan Muslim. HUKUM SOLAT BERJEMAAH Para ulama sangat menekankan kepentingan solat berjemaah, sekalipun mereka berkhilaf tentang hukumnya. Ada yang berpendapat hukumnya fardu ain seperti Imam Auzaiey, Atoa’, Ahmad, Dawuud az-Zohiri dan sebahagian ulama muhaddithin dari mazhab Syafie dan ada yang menganggapnya sebagai sunat muakkad dan I

[ BERITA: ZIARAH ATHAR AULIYA' 2018 (TANTA '18) ]

Image
[ BERITA: ZIARAH ATHAR AULIYA' 2018 (TANTA '18) ] KAHERAH, 1 & 6 Disember 2018 - Buat julung-julung kalinya, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan (BKAWM) sesi 2018/2019 telah menganjurkan program Ziarah Athar Auliya' 2018 (TANTA '18). Program ini telah berlangsung pada 1 Disember 2018 bagi siswi dan 6 Disember 2018 bagi siswa. Objektif yang dibawa dalam program ini ialah meneladani pengorbanan ulama dalam menyebarkan Islam, memperkasakan thaqafah dalam mengenali sejarah ulama dan mengukuhkan persaudaraan dalam kalangan ahli. Program ini bermula pada jam 7.00 pagi. Para peserta berkumpul di surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan bagi sesi taklimat dan penerangan ringkas tentang perjalanan program serta adab-adab menziarahi makam yang disampaikan oleh Unit Pengisian dan Disiplin. Antara makam yang diziarahi ialah: 1) Makam Syeikh Mutawalli Sya'rawi 2) Makam Syeikh Khalil Khatib 3) Makam Syeikh Sidi Badawi 4) Makam Syeikh Yusuf

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ] Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah.  Bersempena dengan imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 7 Disember 2018. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturrahim. Dan semoga juga, Allah permudahkan urusan peperiksaan fasa satu akan datang. Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2018/2019. “Menjunjung Keilmuan, Menjulang Kesatuan ” “BKAWM Keluarga Ki