Posts

Showing posts from 2009

Senarai Nama Tajaan MAIWP Ambilan 2007 hingga 2009

Image
Makluman dari Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM); Kepada penama yang tersenarai dibawah. Diminta mengambil segera bayaran tajaan di Pejabat Pengurusan MAWIP Mesir (PPMM) sebelum 30 Disember 2009.

Lengkapkan Segera Borang Permohonan Anda.

Image
Makluman terkini dari Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) : kepada mereka yang telah mengisi borang permohonan skim bantuan akademik baru-baru ini, sila rujuk senarai nama di bawah.

Malam Terakhir DiBumi Mesir

Image
Dewan Sri Putra,ARWP.9 Dis- Patah tumbuh hilang berganti. Anak-anak Wilayah Persekutuan telah menerima Pegawai MAIWP mesir yang baharu. Senario pertukaran pegawa i tidak asing lagi di bumi Mesir ini.

Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Dipecah Masuk

Image
ARWP,Hayyu Sabiek, 4 Disember - Satu bilik di Asrama Pelajar Wilayah Persekutuan telah dipecah masuk pada hari Jumaat yang lepas ketika umat Islam yang lain menunaikan solat Jumaat.

Majlis Ramah Mesra Mufti Wilayah

Image
Dewan Sri Putra, ARWP.29 Dis.- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir(BKAWM) mengambil kesempatan terhadap kehadiran Mufti Wilayah Persekutuan ke Mesir Dato Hj Wan Zaidi Wan Teh. BKAWM menganjurkan ramah mesra bersama Dato Mufti bersama anak-anak wilayah dan yang turut juga hadir adalah

Ucapan Sulung Yang DiPertua

Image
SALAM PENGENALAN DARI KEPIMPINAN SESI 2009/2010 Assalamualaikum, Alhamdulillah. Puji dan syukur hanya layak buat Allah Subhanahu Wata’ala. Selawat serta salam buat junjungan besar nabi akhir zaman Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga baginda, amma ba’du. Saya dan seluruh kepimpinan sesi 2009/2010 diamanahkan untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran BKAWM dan semestinya ia suatu taklifan yang amat berat. Sekali berfikir barangkali terdetik perasaan betapa kerdilnya diri untuk menyambut taklifan yang diberikan namum saya amat-amat sedar bahawa amanah ini adalah pilihan dari Tuhan dan pastinya saya dan sahabat pimpinan tidak akan berkerja secara sendirian. Saya pasti kerja besar untuk menyatukan dan menyelenggara kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan akan dipikul oleh seluruh ahli seramai 468 orang secara bersama. Saya amat-amat maksudkannya. Anda bagaimana? Sebelum saya melangkah jauh, jutaan terima kasih saya rakamkan buat pengurus asrama MAIWP Mesir, saf pimpinan 2008/2009, anggota

Organisasi EXCO BKAWM sesi 2009/2010

Image

Pegawai Pengurusan MAIWP Mesir

Image
KENALI PENGURUS ASRAMA Mendekati lebih dekat Pengurus kedua Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Bersama wartawan Putra Digest, Dr. Afifuddin Bin Sahlan. ASAL USUL Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff. dilahirkan di Muar, Johor pada 23 April 1980. dibesarkan di Kuala Lumpur. Selepas dilahirkan terus berpindah dan dibesarkan di Kuala Lumpur. PENDIDIKAN Pendidikan menengah di SMKA Maahad Ahmadiah, Kajang. SPM tahun 1997. Kemudian ke matrik yang dikenali dengan nama Kolej Primeir Yayasan Perak selama setahun. Kemudian terus ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk ijazah pertama saya dalam bidang Perakaunan pada tahun 1998 hingga 2002. PEKERJAAN SEBELUM KE MESIR Sebelum ini pernah bekerja dalam pelbagai lapangan. Pernah juga bekerja dengan Kedutaan Afrika Selatan di Malaysia sebagai akauntan. Pada awal bulan 7 tahun 2006, diterima bekerja di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai akauntan selama 2 tahun lebih. Kemudian ditugaskan pula sebagai juruaudit dalam MAIWP sehi

Serahan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun

Image
Mahasiswa & Mahasiswi Tajaan MAIWP

Hari Taklimat dan Silaturahim (HTS '09)

Image
Hari Taklimat dan Silaturahim (HTS '09) 14 Oktober - Seramai 100 orang mahasiswa/wi baru telah menyertai HTS’09. 12 orang mahasiswa/wi tajaan MAIWP dan 88 orang mahasiswa/wi daripada Yayasan Generasi Gemilang. Program selama 3 hari telah diisi dengan pengisian asas untuk mahasiswa baru seperti, Discussion Group (DG), pembentangan ilmiah, taklimat keselamatan, jaulah(lawatan) bersama fasilitator dan lain-lain lagi. Beberapa orang pimpinan mahasiswa Mesir telah dijemput khas untuk memberikan pengisian antaranya Ustaz Nazrul Nasir dan Ustazah Mazni. HTS ‘09 yang julung kalinya diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP ini di akhiri dengan persembahan kreatif dari setiap kumpulan. Ketika sesi majlis penutup, Muhammad Firdaus Bin Abdul Hadi dan Nihal Binti Mohamed Tarmizi telah terpilih sebagai peserta terbaik untuk HTS ‘09 kali ini. Tahniah diucapkan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA '09)

Image
Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA '09) "Raya Dirai Kegembiraan Dirasai" begitulah tem a bagi SAHARA. Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutan Mesir sekali lagi telah berjaya menganj urkan program tahunannya iaitu Sambutan Hari Raya Aidilfitri (SAHARA) 1430 dibawah seliaan Sdri. Aminatul Saheera binti Che An selaku pengarah program. Program ini berlangsung pada 3 Syawal 1430 bersamaan 22 hb September 2009. Aturcara program bermula dari pukul 4:00 petang sehingga 10:30 malam. Terdapat pelbagai acara menarik yang telah disediakan kepada tetamu dan ahli BKAWM khususnya. Acara ini diserikan oleh Sdr. Mohd Zaidi bin Zainuddin dan Sdr. Mohzami Amri Mohammad sebagai pengacara majlis. Ucapan raya melalui michrophone bergerak dan panggilan terus ke Malaysia, program berhenti seketika untuk memberi laluan kepada maghrib. Acara kembali menghangatkan keadaan apabila pertandingan kostum terbaik yang dimenangi oleh En. Abdul Halim bin Sulaiman, berzanji yang diketuai oleh Sdr. Mohd R

Hubungi Kami

Image
Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) Alamat : Malaysian Students Complex, 24 El-Mahdi Ibnu Barakah Street, 7th District Nasr City, Cairo, Arab Republic Of Egypt. No.Tel : Yang Dipertua: +201155647092 Jabatan Setiausaha Agung: +201144783748 Naib Pengerusi HEWI : +201114658823 Emel Rasmi : bkawm98@yahoo.com www.bkawm2u.blogspot.com ........................................................................................................ Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) : Tingkat 1, ARWP. No.Tel Pejabat / Fax : 0020222879711 ppmm_mesir@yahoo.com Pengurus Asrama MAIWP Mesir : Encik Ahmad Yahya Bin Mohd Haniff H/p: +20119966448