Posts

Showing posts from January, 2022

[ KALAM PIMPINAN: ADAB, ILMU DAN AMAL ]

Image
[ KALAM PIMPINAN: ADAB, ILMU DAN AMAL ] بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسوله الكريم أرسله ربه رحمة للعالمين هاديا ومبشرا ونذيرا وداعيا إلى الله بإذنه وسراجا منيرا وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. Alhamdulillah bersyukur pada Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam. Moga-moga dengan nikmat yang Allah kurniakan menjadi kekuatan kepada diri kita selaku khalifah di muka bumi ini untuk terus berusaha menegakkan agama Allah. Selawat dan salam buat junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, tabiin dan tabi tabiin. Berkaitan tajuk di atas, saya ingin menyatakan bahawa adab, ilmu dan amal mestilah bersama dan saling melengkapi. Jika tiada salah satu maka kita akan dapati sedikit kelompongan atau kecacatan.  1. ADAB Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, adab membawa maksud tingkah laku serta tutur kata yang sopan. Secara ringkasnya adalah akhlak yang baik. Kenapa pentingnya akhlak yang baik? Kerana nabi kita Nab