Posts

Showing posts from April, 2013

Majlis Wada' Aktivis BKAWM

Image
Kaherah, 15 APR – Sebuah majlis perpisahan telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi memperingati jasa dan sumbangan tiga orang aktivis BKAWM yang akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Majlis telah dijalankan pada 14 April 2013 selepas solat Isyak. Tiga orang aktivis tersebut ialah saudara Anuar Fakhri bin Ibrahim, saudara Muhd Nur Aizat serta saudara Miqdad bin Ayub. Majlis dimulakan dengan alunan qasidah yang diketuai oleh saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh serta saudara Miqdad bin Ayub. Seterusnya, slot temu bual santai bersama ketiga-tiga aktivis yang diraikan tersebut telah dijalankan dan dikendalikan oleh saudara Muhd Haziq bin Rosli. Pelbagai pengalaman pahit dan manis telah mereka kongsikan. Seterusnya, majlis turut diserikan denga persembahan daripada wakil Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM yang mengalunkan dua nasyid bertemakan perjuangan bagi memberi semangat kepada yang bakal pulang. BKAWM sangat merasakan kehilang

Pemenang Pertandingan 'For Islam Sacrifice Together' (FIST)

Image
Kaherah, 14 APR - Kempen ‘For Islam Sacrifice Together’ (FIST) merupakan salah satu inisiatif daripada Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan rasa cakna ahli BKAWM akan isu semasa yang melanda masyarakat Islam sedunia, terutamanya di Palestin, Syria dan Rohingya. Justeru, kempen FIST baru-baru ini telah menganjurkan Pertandingan Mereka Wallpaper/Poster, Pertandingan Mencipta Sajak serta Kuiz. Ketiga-tiga pertandingan ini mendapat penyertaan yang menggalakkan, terutamanya bagi ahli di sekitar Kaherah. Pihak BKAWM mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta atas keterlibatan dalam pertandingan di bawah kempen ini. Berikut merupakan senarai nama pemenang-pemenang pertandingan, Pertandingan Mereka Wallpaper/Poster Saudara Wan Syahmin bin Wan Zaini Pertandingan Mencipta Sajak Saudara Wan Syahmin bin Wan Zaini Pertandingan Kuiz Saudari Aminatul Saheera binti Che A

SMILE - Galakkan Ahli 'Berjaya Bersama'

Image
Kaherah, 13 April - Pada 11 April 2013 baru-baru ini, Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan program Straight Mumtaz In Life (SMILE) yang merupakan kesinambungan daripada Kempen Memorabilia dengan bertemakan Berjaya Bersama. Pembukaan SMILE dimulai dengan Munajat Menuju Mumtaz iaitu slot Qiamullail serta solat subuh berjemaah. Slot ini bertujuan merealisasikan objektif kedua program SMILE iaitu menerapkan kesedaran peri pentingnya rasa bertuhan dalam mengejar kejayaan. Seterusnya adalah pengisian rohani   yang disampaikan oleh Dr Muhammad Hafiz bin Shamsuri, mahasiswa Tahun 4 Perubatan, Universiti al-Azhar dengan tajuk ‘Indahnya Takdir’. Pada sebelah petang pula, bermula jam 3 petang hingga 6 petang telah diadakan Maktabah Day . Ianya adalah bertujuan untuk mewar-warkan mengenai penyelarasan penggunaan Perpustakaan Darul Madani yang berada di bawah kelolaan Unit Pendidikan dan Pengetahuan. Di sampin

Qum Fa Anzir Mendapat Sambutan Menggalakkan

Image
KAHERAH, 2 April – Qum Fa Anzir , yang bermaksud ‘Bangun dan berilah peringatan’ merupakan sebuah program anjuran tiga unit di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) iaitu Unit Kebajikan, Unit Hisbah dan Unit Bait Muslim pada 2 April yang lalu. Program yang dimulakan pada jam 7.30 malam ini dianjurkan bagi mencapai beberapa objektif iaitu membumikan sistem hisbah, mengaplikasikan pelbagai metod dakwah, serta meningkatkan kesedaran ahli berkaitan kepentingan menjaga keselamatan bersama. Majlis perasmian telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengarah program, Saudara Muhammad Zulkifle bin Zainudin dan disempurnakan oleh Saudara Muhd Bazli bin Zakaria, Yang Dipertua BKAWM. Slot pertama bertajuk ‘Teori dan Aplikasi Pertolongan Cemas’ telah disampaikan oleh Dr. Siti Hajar binti Abdullah dan Dr. Nasuha binti Idris. Pelbagai nasihat serta tips telah dikongsikan bersama oleh para pengisi yang merupakan pelajar Tahun 4, jurusan Perubatan, Universit

Pimpinan dan Ahli Jayakan Futsal

Image
GUNNERS, 31 Mac – Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan di bawah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan perlawanan futsal di The Gunners pada 31 Mac yang lalu. Perlawanan ini telah disertai oleh barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir serta ahli-ahli BKAWM termasuklah Perwakilan Mahasiswa cawangan Dumyat, Saudara Muhammad Saufi Basarah. Perlawanan ini dianjurkan bertujuan mengeratkan ukhuwah terutama antara pimpinan dan ahli di Kaherah mahupun di cawangan. Selain itu, aktiviti bersukan juga dapat merehatkan minda dan menyihatkan tubuh badan. Bersukan merupakan antara medium untuk berdakwah selain merapatkan jalinan silaturrahim sesama Islam. Semoga setiap aktiviti yang dianjurkan mendapat redha dan rahmat daripada Allah SWT. "BKAWM Keluarga Kita" "KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN"