KALAM PIMPINAN: Kebersamaan dalam BKAWM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi ruang dan peluang untuk menghirup udara yang segar dalam memastikan kehidupan ini terus berjalan walaupun tanpa membayar satu sen pun. Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Pimpinan Agung kita iaitu Nabi Muhammad SAW serta kepada ahli keluarga Baginda, kaum kerabat, para tabi’ tabi’in dan seterusnya kepada para penyambung rantai perjuangan Islam yang sentiasa berjuang bagi memastikan Islam tetap berada di dada kita. Firman Allah SWT: وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ Ertinya : “Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, ...