[ BERITA: IBRAH '21 ]
[ BERITA: IBRAH '21 ] KAHERAH, 21 Julai 2021: Bersyukur ke hadrat Ilahi, program IBRAH '21 telah selamat melabuhkan tirai pada 21 Julai 2021. IBRAH '21 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi meraikan Hari Raya Aidiladha anak-anak Wilayah Persekutuan yang masih berada di Mesir. Program ini berlangsung selama 6 hari berturut-turut bermula dari 16 Julai 2021 sehingga 21 Julai 2021. Antara objektif program kali ini ialah: 1. Menyambut Hari Kebesaran Islam Aidiladha 1442H dalam norma baharu. 2. Memupuk sifat pengorbanan serta meningkatkan thaqafah melalui penghayatan ibadah korban. 3. Mengukuhkan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli. Pada hari pertama program, telah berlangsung tazkirah subuh khas yang telah disampaikan oleh Ketua Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2020/2021, Saudari Syahidatul Aimi binti Khairuddin serta program gotong-royong dan penyedi...