[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]
[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ] KAHERAH, 22 NOVEMBER 2021 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2021/2022 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Wilayah Persekutuan Lama. Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Khairul Ieman bin Azmi selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022. Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Lajnah Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (LKSR) diikuti dengan Lajnah Penerangan dan Penerbitan (LPP). Seterusnya Lajnah Pendidikan dan Pengetahuan (LPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH)...