Posts

Showing posts from July, 2012

Kalam Pimpinan - Ramadhan Bulan Ibadah, Ukhuwah Dan Thaqafah

Image
Alhamdulillah segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan. Setinggi-tinggi pujian kita ucapkan kepadaNya kerana sekali lagi kita semua dipertemukan dengan bulan yang mulia dan penuh barakah ini iaitu bulan Ramadan al-Mubarak. Selawat dan salam buat junjungan besar penghulu sekalian nabi dan rasul, Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarganya, para sahabat baginda serta seluruh barisan alim ulama pengkaji ilmu yang bertungkus lumus memastikan Islam sampai kepada kita pada hari ini. Pastinya kehadiran Ramadan yang dinantikan ini memberi seribu makna bagi seluruh umat Islam khususnya di bumi anbiya . Sepertimana yang kita ketahui, bulan Ramadhan, tersembunyi di dalamnya pelbagai kelebihan dan ganjaran yang telah Allah sediakan untuk hambaNya yang bersungguh-sungguh melakukan amal ibadah dengan ikhlas. Setiap lapisan muslim berusaha beribadah dengan sebaik mungkin agar segala amal yang dilakukan diganjari pahala oleh Allah dan mendapat red

Iftar Mahabbah Eratkan Ukhuwah

Image
KAHERAH, 28 Julai 2012– Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2011/2012 (BKAWM) di bawah program Ramadhan and Eidul Fitri Celebration (REIDHWAN ’12) telah menganjurkan majlis Iftar Mahabbah kali pertama di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Persiapan majlis bermula selepas solat Asar. Unit Persiapan dan Teknikal (U-SET) REIDHWAN’12 menghias dewan dan memainkan lagu-lagu bertemakan Ramadhan untuk mencerikan suasana. Manakala penghuni lain di ARWP masing-masing diberikan tugas untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Majlis Iftar Mahabbah dimulakan dengan santapan ringkas dan diteruskan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh jemputan khas dari Shoubra, Ustaz Ameen bin Salahuddin. Selesai solat Maghrib, jamuan berbuka puasa diteruskan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ahli BKAWM yang tinggal di rumah sewa sekitar ARWP.

Tafaqquh Bersiri Membentuk Sinergi

Image
KAHERAH, 25 Julai 2012 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2011/2012 (BKAWM) di bawah program Ramadhan and Eidul Fitri Celebration 2012 (REIDHWAN`12) dan dengan kerjasama Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) telah menganjurkan kelas tafaqquh bersiri yang diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP). Kelas tafaqquh tersebut telah dirancang seminggu lebih awal oleh komuniti pelaksana REIDHWAN`12 dan Ihya Ramadhan (IHRAM) PERUBATAN. Unit Persiapan dan Teknikal (U-SET) REIDHWAN`12 telah menyiapkan dewan setengah jam sebelum kelas bermula manakala Unit Seliaan VIP dan Jamuan (U-SERVE) menyediakan juadah untuk syeikh berbuka puasa. Syeikh Rohimuddin memulakan kelas sejurus selepas tiba di ARWP sekitar jam 5.00 petang. Beliau membentangkan buku bertajuk Kimia as-Saadah . Kehadiran mahasiswa pengajian Islam dan sains kesihatan dianggarkan seramai 70 orang. Turut hadir ialah Presiden PERUBATAN, saudara Wan Ahmad Hafizi bin

Pertandingan Multimedia REIDHWAN`12

Image
Sempena Ramadhan kali ini, REIDHWAN`12 menganjurkan Pertandingan Multimedia Ramadhan. Terbuka kepada semua mahasiswa Mesir khususnya ahli BKAWM.

Diskusi Kitab Dan Iftar Jamaie REIDHWAN`12

Image
ARWP, 24 Julai - REIDHWAN`12 anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2011/2012 memulakan pengisian berbentuk thaqafah dengan mengadakan diskusi kitab Kaifa Nastaqbilu Ramadhan. Penganjuran diskusi kitab ini selari dengan objektif pertama REIDHWAN`12 iaitu ‘Menghidupkan Ramadhan dengan ibadah dan thaqafah’. Majlis diskusi kitab telah bermula sekitar jam 5.00 petang dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh, Ketua Unit Pengisian Ibadah dan Thaqafah (U-GIFT) REIDHWAN`12. Saudara Bushra seterusnya menyerahkan majlis kepada pendiskusi, saudara Mohd Arif Adli bin Ibrahim yang dijemput khas dari Selangor. Beliau merupakan mahasiswa kuliah Syariah Islamiah Kaherah.

Selamat Pulang Pejuang BKAWM

Image
17 JULAI, ARWP. Suasana di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan diselubungi kesayuan atas kepulangan seorang lagi figura yang begitu berjasa kepada BKAWM. Majlis kesyukuran dan perpisahan yang telah diadakan adalah bersempena kepulangan Saudara Mohammad Adlly bin Mohammad Bokhari dan di atas kejayaan beliau di dalam peperiksaan syahadah Takhassus Qiraat di Maahad Qiraat Al-Azhar, Shoubra baru-baru ini. Majlis telah dimulakan dengan solat sunat hajat dan bacaan doa selamat selepas solat fardhu Maghrib. Kemudian majlis diteruskan selepas solat sardhu Isyak, dimulakan dengan ucapan oleh Yang Dipertua BKAWM yang telah menggambarkan penghargaan kepada Saudara Mohammad Adlly atas segala jasa yang telah beliau curahkan khususnya kepada BKAWM.Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Saudara Mohammad Adlly sendiri sebagai ucapan terakhir beliau kepada ahli BKAWM dan seluruh rakan seperjuangan yang telah berkhidmat bersama-sama dengan beliau.

Kelas Tafaqquh Bersiri Anjuran Bersama REIDHWAN`12 Dan IHRAM PERUBATAN

Image
Kepada semua ahli BKAWM,Ramadhan kali ini,REIDHWAN`12 akan bekerjasama dengan IHRAM PERUBATAN untuk menganjurkan kelas tafaqquh bersiri yang akan disampaikan oleh Sheikh Rohimuddin An-Nawawi Al-Bantani. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kelas tafaqquh ini. Terbuka kepada semua mahasiswa Mesir,khususnya kepada ahli BKAWM dan ahli PERUBATAN.

Diskusi Kitab Dan Iftar Jamaie Sempena REIDHWAN`12

Image

Carta Organisasi Lajnah Kebajikan BKAWM Sesi 2011/2012

Image

Borang Bacaan Tahlil Arwah

Image
Sempena Ramadhan yang penuh berkat, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2011/2012 di bawah anjuran, Ramadhan & Eidul Fitri Celebration ( REIDHWAN`12 ) menawarkan khidmat bacaan tahlil arwah sepanjang bulan Ramadhan. Bacaan tahlil arwah akan diadakan selepas solat sunat Tarawikh pada setiap hari. Borang bagi pemohon dari Malaysia : Borang bagi pemohon dari Mesir :

Perasmian REIDHWAN`12 Meriah Dalam Sederhana

Image
18 Julai 2012,ARWP- Asrama Rumah Wilayah Persekutan Mesir meriah meraikan kedatangan Ramadhan dengan majlis perasmian Ramadhan and Eidul Fitri Celebration 1433H/2012M (REIDHWAN`12). Program yang akan berlangsung selama lebih sebulan ini telah dirangka oleh komuniti pelaksana REIDHWAN`12. Program ini memfokuskan pengisian berbentuk ibadah dan thaqafah sepanjang Ramadhan. Majlis perasmian REIDHWAN`12 bermula selepas solat Isyak berjemaah dengan bacaan zikir munajat. Majlis dipengerusikan oleh saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh yang juga merupakan ketua Unit Pengisian Ibadah dan Thaqafah REIDHWAN`12. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh mahasiswa jemputan dari Maahad Qiraat Shoubra. Seterusnya ialah ucapan aluan dari pengarah, saudara Muhd Bazli bin Zakaria dan Yang Dipertua BKAWM sesi 2011/2012, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain.

Tabung Kebajikan - Sumbangan Terus Disalurkan

Image
Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir melalui Unit Tabung Kebajikan tetap meneruskan agenda kebajikan walaupun dalam musim peperiksaan yang baru saja berlalu. Beberapa kes dan permasalahan yang berlaku terhadap ahli telah menarik perhatian Tabung Kebajikan BKAWM untuk menghulurkan bantuan. Pada 13 Jun 2012, sebuah rumah di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan Mesir iaitu rumah 302 yang didiami oleh beberapa orang mahasiswi telah dipecah masuk sekitar jam 12.00 tengah hari. Antara barang yang didapati hilang ialah sebuah telefon bimbit dan sebuah beg yang bersama di dalamnya wang berjumlah LE300. Kejadian ini melibatkan 2 orang mangsa iaitu saudari Maryam binti Ab Radzak dan saudari Diyana binti Ahmad.

Istimewa Ramadhan

Image
Nantikan Ramadhan & Eidulfitri Celebration 1433H/2012M (REIDHWAN`12)

Kalam Pimpinan - Peperiksaan Tamat Bukanlah Tamatnya Amalan

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Lautan kesyukuran kita hadirkan ke dalam diri, mensyukuri keberadaan kita di dalam nafas keimanan dan ketaqwaan. Ribuan lafaz syukur kepada Ilahi yang menghamparkan rahmatNya buat sekelian ciptaanNya. Mari kita berselawat ke atas junjungan besar umat ini, Nabi Allah yang mulia, Saidina Muhammad b. Abdullah saw. Tidak lupa jua, doa buat para sahabat baginda dan seluruh pencinta agama Allah yang telah gigih berusaha dalam memastikan api Islam terus menyala dan dapat melimpahkan cahayanya sehingga sampai kepada diri kita yang kerdil ini.

Selamat Hari Lahir Sahabat Julai

Image
Barisan kepimpinan BKAWM Sesi 2011/2012 mengucapkan selamat hari lahir kepada semua sahabat Julai.