[RISALAH MU'MEN: SIFAT DERMAWAN SIFAT TERPUJI]
Sifat Dermawan, Sifat Terpuji عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلَّى الله عَلَيهِ وَسَلَّمْ يَقُوْلُ: لاَ حَسَدَ اِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ. رَجُلٌ آتَاهُ اللهُ مَالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى اْلحَقّ. وَرَجُلٌ آتَاهُ اللهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِى بِهَا ويُعَلّمُهَا. (رواه البخاري) Dari Ibnu Mas’ud RA, ia berkata, Nabi SAW pernah bersabda, “Seseorang tidak boleh iri (menginginkan), kecuali dua macam (iaitu) seseorang yang diberi kekayaan (harta) oleh Allah, lalu dipergunakannya semata-mata dalam perjuangan, dan seseorang yang diberi ilmu oleh Allah lalu digunakannya dan diajarkannya pada orang lain.” [HR. Bukhari ] Ketahuilah bahawa antara ciri orang yang bersyukur ialah dia menyebarkan kebaikan atau kurniaan Allah SWT ke atasnya kepada yang lain. Nikmat harta boleh dikongsikan dengan menginfakkannya. Saidina Abu Bakar as-Siddiq telah membuktikan kecintaannya kepada agama setelah menginfakkan seluruh hartanya, begitu juga saha...