Posts

Showing posts from June, 2016

[ RISALAH MU'MEN: JANGAN JADI ORANG YANG MENYESAL ]

Image
Jangan Jadi Orang Yang Menyesal Firman Allah SWT dalam Surah al-Israk, ayat 29 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu, dan janganlah kamu terlalu mengulurkannya (boros), kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal." Antara intipati ayat ini ialah anjuran untuk tidak boros yang menyebabkan seseorang menjadi menyesal kerana keborosannya tersebut. Menjauhi sifat boros pula membawa kepada pengertian untuk mengetepikan sebahagian harta untuk digunakan bagi keperluan masa depan iaitu menabung. Bukannya sedikit masyarakat yang menganggap bahawa ajaran Islam tidak mendorong umatnya untuk menabung. Mungkin hal ini timbul kerana ada pendapat bahawa dengan menabung seolah-olah kita tidak percaya akan adanya rezeki dari Allah SWT, serta merupakan sikap menimbun harta. Rasulullah SAW pernah bersabda, ”Allah akan memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha dari yang baik, membelanjakan wang secara sederhana, dan dapat menget