Posts

Showing posts from February, 2013

Panitia - Agenda Dakwah Diteruskan

KAHERAH, 24 Februari – Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan Panitia yang telah dijalankan pada 20 Februari yang lalu. Panitia telah berjalan bermula jam 8.00 malam di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP), Hayyu Sabi’. Panitia pada kali ini menampilkan Ustaz Muhammad Sufi bin Mohd Yusof, Ketua Fasilitator, PMRAM Cawangan Selangor. Tajuk yang telah diberi penekanan dalam Panitia kali ini ialah dalil perjuangan. Dalam pengisiannya, beliau turut menerangkan tujuh fasa dalam amal dakwah secara terperinci iaitu individu muslim, keluarga muslim, masyarakat muslim, pembebasan tanah air, kerajaan Islam seterusnya pemerintahan Islam. Semoga dengan pengisian seperti ini akan memberi kesan yang positif dalam gerak kerja penyebaran dakwah Islam amnya. Panitia tamat pada jam 9.00 malam.

Diskusi Kitab - al-Islam Syariah az-Zaman wal Makan

Image
KAHERAH, 24 Feb-Sebuah slot Diskusi Kitab bertajuk al-Islam Syariah az-Zaman wal Makan telah berlangsung dengan jayanya anjuran Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan(LDPI), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir(BKAWM). Slot diskusi ini telah dijalankan semalam di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabi’ bermula jam 8.00 malam. Pengisi yang telah dijemput khas, Ustaz Zuhaili bin Zanal Ali merupakan pemangku Pengerusi Felo Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasilan Penyelidikan PMRAM (MANHAL). Pelbagai isu telah dikupas dengan begitu menarik sepanjang pengisian diskusi tersebut. Antara perkara yang diberi penekanan ialah peranan seorang muslim untuk cakna dengan semua keadaan di sekelilingnya, memahami hakikat sesuatu perkara dengan sempurna dan mempunyai keinginan untuk melaksanakan manhaj Rabbani yang bertepatan dengan kehendak syara’. Selain itu, pengisi juga menegaskan tidak sewajarnya seorang Muslim menolak syariah dan undang-undang Islam

Mutiara BKAWM: Jasamu Dikenang

Image
KAHERAH, 16 SEP 2012 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan kepulangan seorang lagi permata yang telah banyak menyumbang bakti selama penubuhan BKAWM. Beliau yang dimaksudkan ialah saudari Nawwar binti Hashim, graduan Ijazah Syariah Islamiyyah Universiti Al-Azhar cawangan Kaherah. Saudari Nawwar binti Hashim merupakan antara ikon yang tidak asing lagi dalam rentetan sejarah BKAWM yang dahulunya pernah dikenali sebagai Badan Kebajikan Anak Kuala Lumpur Mesir (BKAKLM). Pelbagai pengalaman pahit manis telah beliau tempuhi bersama sahabat – sahabat seperjuangan yang lain. Malah beliau juga antara tokoh yang telah berjuang untuk mendapatkan Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Saudari Nawwar binti Hashim telah memberikan sumbangan yang terlalu besar kepada BKAWM. Antara jawatan yang pernah beliau sandang dalam organisasi BKAWM ialah Ahli Jawatankuasa Lajnah Kebajikan dan Sambutan pada sesi 2003/2004, serta Lajnah Dakwah dan Tarbiah pada sesi berikutnya. S

Menuju ke Gerbang al-Quds

Image
 ARWP, 14 Februari – “For Islam Sacrifice Together (FIST)”, merupakan kempen yang telah dilancarkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan bagi meningkatkan kesedaran ahli   akan isu semasa. Bersempena Serambi Gabungan pada minggu ini, sebuah slot isu semasa di bawah kempen FIST telah dianjurkan oleh Unit Penerangan dan Penerbitan, dengan kerjasama Unit Perumahan dan Rehlah pada 14 Februari lalu. Slot ini telah bermula jam 8.00 malam di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan. Pengisi yang ditampilkan cukup mantap iaitu Ustaz Abd Muin bin Abd Manan, Pengarah Mini Pavilion - From Palestin with Love (MAP). Beliau telah membawakan tajuk ‘Menuju ke Gerbang al-Quds’ yang berkisar tentang kebangkitan umat Islam yang bakal membawa kita ke arah kemenangan Islam itu sendiri. Antara isu Palestin yang ditekankan ialah permintaan rakyat Palestin kepada pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar bukan sekadar menghulurkan bantuan makanan dan ubat-ubatan semata-mata. Tetapi, mereka m

Kalam Pimpinan: Sudahkah Kita Bersedia?

Image
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Bismillahi walhamdulillah Segala puji ke atas zat yang Maha Kuasa lagi Maha Pengasih yang di atas limpahan kurnia-Nya, hamba-hamba-Nya masih lagi dapat meneruskan hayat di alam yang fana ini. Setinggi-tinggi kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Allah SWT, Tuhan sekalian alam yang tiada Tuhan yang berhak untuk disembah melainkan-Nya.        Selawat dan salam ke atas junjungan besar, baginda Nabi Muhammad bin Abdullah SAW, rasul utusan Allah SWT ke dunia bagi meratakan rahmat-Nya ke seluruh alam. Tidak dilupakan ahli bait serta para sahabat baginda. Sedar tak sedar kita telah   menjengah ke fasa kedua setelah hampir dua minggu kita melalui cuti pertengahan penggal. Dalam mengisi masa cuti ini, pelbagai aktiviti telah disusun rapi. Ada yang bercuti, tidak kurang juga yang sibuk bekerja dalam menjalankan tugas masing-masing. Kini, adakah kita sudah bersedia untuk kembali ke medan pengkuliahan? Tepuk dada tanya iman. Antara persediaa