[ KALAM PIMPINAN: ADAB PEMULA KEHIDUPAN ]
[ KALAM PIMPINAN: ADAB PEMULA KEHIDUPAN ] ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ Kenikmatan Islam yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil dakwah Nabi Muhammad SAW menyebarkan panji Islam ke serata dunia yang bukanlah hanya dengan ilmu dan wahyu semata tetapi dengan akhlak dan adab yang dibawa oleh baginda. Ia juga menyebabkan ramai musuh-musuh Islam kembali kepada agama fitrah iaitu Islam itu sendiri. Adab dalam pandangan Islam bukanlah perkara yang remeh. Bahkan ia menjadi salah satu inti ajaran Islam. Demikian penting perkara ini, hingga para ulama salaf menyusun kitab khusus yang membahas tentang adab ini. Adab adalah menggunakan sesuatu yang terpuji berupa ucapan dan perbuatan atau yang terkenal dengan sebutan al-Akhlaqul Karimah. Dalam Islam, masalah adab dan akhlak mendapat perhatian yang serius. Hal ini kerana syariat Islam adalah kumpulan dari akidah, ibadah, akhlak dan muamalah. Ini semua tidak boleh...