Posts

Showing posts from May, 2022

[ BERITA: SEINDAH LEBARAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN 2022 (SALAM '22) ]

Image
[ BERITA: SEINDAH LEBARAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN 2022 (SALAM '22) ]  KAHERAH, 7 Mei 2022 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Seindah Lebaran Anak Wilayah Persekutuan 2022 (SALAM ‘22) telah selamat melabuhkan tirai pada 4 Mei 2022. SALAM ’22 adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 bagi meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang menyambut hari lebaran di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung selama 4 hari berturut-turut bermula dari 1 Mei 2022 sehingga 4 Mei 2022.  Antara objektif yang diketengahkan oleh SALAM ‘22 pada kali ini ialah menghidupkan asrama Wilayah Persekutuan dengan suasana Aidilfitri di perantauan, mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa Malaysia di Mesir dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam diri anak Wilayah Persekutuan.  Program SALAM ‘22 telah dimulakan dengan Perutusan Khas Syawal yang telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2021/2022, saudara Khairul I

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ] Firman Allah SWT: یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا یَسۡخَرۡ قَوۡمࣱ مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُونُوا۟ خَیۡرࣰا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَاۤءࣱ مِّن نِّسَاۤءٍ عَسَىٰۤ أَن یَكُنَّ خَیۡرࣰا مِّنۡهُنَّۖ وَلَا تَلۡمِزُوۤا۟ أَنفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلۡأَلۡقَـٰبِۖ بِئۡسَ ٱلِٱسۡمُ ٱلۡفُسُوقُ بَعۡدَ ٱلۡإِیمَـٰنِۚ وَمَن لَّمۡ یَتُبۡ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang

[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
[ KENYATAAN RASMI: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ] 10 Mei 2022: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sangat menitikberatkan aspek pendidikan bertepatan dengan misi pertama BKAWM iaitu "Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik". Hal ini menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan BKAWM kepada mahasiswa di sini untuk sentiasa meningkatkan kualiti dan mutu sebagai seorang mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam akademik. Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2021/2022 akan bermula pada pertengahan bulan Mei 2022. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2021/2022 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 10 Mei 2022. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang