RIADHAH SEBELUM IMTIHAN
KAHERAH , 22 Disember 2013 – Semalam Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan sesi 2013/2014 telah menganjurkan aktiviti futsal sempena imtihan yang bakal berlangsung tidak lama lagi khusus bersama anak-anak Wilayah Persekutuan di padang futsal Gunners, Nadi Syabab. Aktiviti bermula seawal jam 8.00 sehingga 10.00 malam. Turut hadir Badan Pengurus angkat Wilayah Persekutuan iaitu Ustaz Hanifulfuad bin Hussin bagi memeriahkan lagi aktiviti futsal. “Kita bermain futsal bukan sekadar untuk mengeratkan ukhuwwah silaturahim antara kita tapi untuk mencari jaringan gol sebagai target untuk mendapat kemenangan. Begitu juga dalam peperiksaan ini, kita memerlukan matlamat yang jelas iaitu mendapat kecemerlangan agar kita dapat berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai target tersebut” ujar Ustaz Hanifulfuad bin Hussin, Timbalan Setiausaha Agung PMRAM sesi 2013. Aktitviti futsal ini juga sebagai salah satu platform untuk menjayakan misi Badan Kebajikan Ana...