Posts

Showing posts from May, 2016

[ KALAM PIMPINAN SETIAUSAHA AGUNG : KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA DAN INDIVIDU ]

Image
Dengan nama Allah yang Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah SAW yang wujud-Nya disaksikan oleh makhluk, Keesaan-Nya dituturkan oleh langit dan bumi, mengetahui segala yang terkandung dalam hati, melihat semua yang tersembunyi, Maha Suci Allah SAW dari segala yang menyerupai, membantu, dan mendampingiNya. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Selawat dan salam tercurah kepada penutup para rasul dan nabi, yang diutus sebagai rahmat bagi alam semesta, sayyidina Muhammad SAW, keluarganya perahu penyelamat, dan sahabatnya yang berbakti.  وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Nahl, ayat 18) Berdasarkan kepada ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa nikmat yang

[ RISALAH HISBAH: BUDAYA COUPLE: APA PERANAN KITA? ]

Image
BUDAYA COUPLE: APA PERANAN KITA? Budaya berpasangan atau lebih dikenali sebagai ‘couple’ dilihat semakin parah dalam kalangan masyarakat kini. Budaya ini seolah-olah menjadi trend ikutan remaja sebelum mereka mendirikan rumah tangga dan akhirnya dilihat lebih banyak memberi impak yang buruk daripada kebaikan kepada masyarakat kini. Islam mencegah lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk mengadakan hubungan yang tidak syarie. Dalil yang kuat menentang hubungan ini seperti yang terdapat di dalam surah al-Israk, ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk”. Dalam ayat ini, Allah SWT melarang kita untuk mendekati zina, menunjukkan bahawa setiap perbuatan yang menghampiri zina seperti berbual-bual di luar batas kerja, berbalas-balas mesej, bergurau-gurau manja antara berlainan jantina, mendorong kepada haram yang dilarang oleh ayat tadi. Rasulullah SAW juga bersabda, “Barangsiapa beriman

[ KALAM PIMPINAN NAIB PENGERUSI HEWI: RIBATKAN UKHUWAH DENGAN IKATAN IMAN DAN TAQWA ]

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, Tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW, ahli keluarga baginda dan seluruh umat muslimin muslimat. Kekuatan sesebuah organisasi terletak kepada kekuatan kesatuannya. Inilah yang menjadi tunggak utama dalam persatuan-persatuan Islam yang dilandaskan dengan ukhuwah Islamiyah. Ukhuwah Islamiyah merupakan anugerah yang suci dan nikmat daripada Allah SWT yang dicampakkan ke lubuk hati hamba-hambanya yang beriman dan ikhlas. Sepertimana firman Allah SWT dalam surat Al-Hujurat ayat 10:  “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” As-Syahid Imam Hasan al-Banna menyebutkan berkaitan erti persaudaraan, “Yang aku kehendaki dengan ukhuwah adalah hendaklah mengikat hati dan roh dengan ikatan akidah kerana akidah itulah ikatan yang paling kemas dan mahal.” Maka jelaslah kepada kita bahawa asas kepada ukhuwah itu adalah akidah dan iman kepada Allah SWT. S

[ RISALAH BIAH SOLEHAH Bil 03: KERENDAHAN HATI, KETULUSAN BUDI ]

Image
Bil 03: Kerendahan Hati, Ketulusan Budi Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan hamba-hamba ar-Rahman ialah mereka yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila mereka disapa oleh orang yang jahil (dengan kata-kata yang kesat) mereka menjawab dengan ucapan yang baik." (Surah al-Furqan 25 : 63) Al-Shahid Sayyid Qutb dalam Tafsir Fi Zilal al-Quran menyatakan bahawa inilah antara ciri pertama ibad ar-Rahman atau sifat hamba-hamba Allah Yang Maha Pemurah dan Yang Memberi Rahmat. Mereka berjalan di atas muka bumi dengan penuh rendah hati dan menjaga diri daripada terkesan dengan kata-kata yang dilemparkan oleh orang yang jahil sebagai bukti ketinggian jiwa mereka.