[ BERITA: HARI ANUGERAH PRESTASI DAN AKADEMIK 2019 (PRESTIGE '19) ]
KAHERAH, 23 OKTOBER 2019- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah mengadakan suatu program yang dinamakan Hari Anugerah Prestasi dan Akademik 2019 (PRESTIGE ’19) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada anak Wilayah Persekutuan yang berjaya dan cemerlang dalam akademik daripada semua bidang pengajian sama ada pengajian islam mahupun perubatan. Dalam masa yang sama, ianya untuk memberi penghargaan kepada ahli yang komited dengan BKAWM. PRESTIGE ’19 telah dimulakan dengan penyampaian tausiah daripada Sheikh Habibullah Hassan Ahmad, Pensyarah Aqidah dan Falsafah, Universiti Al- Azhar. Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada para Graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian di Mesir. Majlis diserikan dengan kalam perasmian yang disampaikan oleh Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan...