[ BERITA: WILAYAH PERSEKUTUAN BAZARIA 2018 (WAZE '18) ] Kaherah , 21 Mac 2018 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2017/2018 telah mengadakan satu program mega iaitu Wilayah Persekutuan Bazaria 2018 (WAZE '18) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie'. Program telah berlangsung selama 4 hari pada 17 Mac hingga 20 Mac 2018. Sejajar dengan Tema Program iaitu Ekonomi Islam Diperkasa, Suasana Mahabbah Dicipta, objektif program WAZE '18 ini diadakan adalah untuk menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM, Menerapkan sikap profesionalisme dalam perniagaan, memberi kefahaman nilai-nilai ekonomi berlandaskan Islam kepada ahli serta membuka ruang kepada ahli BKAWM untuk menjana kewangan sekaligus dapat mewujudkan susana mahabbah antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir yang hadir. Jualan bazar WAZE '18 bermula pada jam 1:00 tengahari sehingga 10:00 malam. Terdapat 8 buah gerai telah dised...