Posts

Showing posts from October, 2019

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2019/2020 ]

Image
KAHERAH, 22 Oktober 2019 - Telah berlangsung Majlis Timbal Terima Rasmi Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir bagi sesi 2019/2020 bertempat di Kafe Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.  Majlis Timbal Terima ini dipengerusikan oleh saudara Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2019/2020.  Timbal terima rasmi ini dimulakan dengan Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) diikuti dengan Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP). Seterusnya Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP). Kemudian, Lajnah Kebajikan dan Perumahan (LKP), Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI). Seterusnya, Jabatan Bendahari Agung (JBA) merangkap Unit Ekonomi (UE), Jabatan Setiausaha Agung (JASA) merangkap Unit Pendaftaran dan Sambutan (UPS), diikuti dengan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) merangkap Lajnah Perancang (LP). Selepas itu, Naib Pengerusi Hal Ehwal Wanita Islam (NPH). Seterusnya, beralih kepada Yang Dipertua (YDP) dan Pena...

[ KALAM PIMPINAN: TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN MAHASISWA ]

Image
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, Tuhan yang memiliki segala sifat kemulian dan kebesaran. Selawat dan salam kasihnya ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad ﷺ, para sahabat yang mulia serta seluruh ahli keluarga Baginda sekaliannya. Kita telusuri kembali kisah para nabi terdahulu, pada peringkat awal sebelum kedatangan Islam. Para nabi dan orang-orang soleh bergiat menjalankan aktiviti dakwah dan kebanyakan daripada ahlinya datang daripada golongan yang muda untuk menyebarkan agama Allah. Oleh itu, bersesuaian dengan ayat Allah yang telah dirakamkan dalam Surah al-Kahfi, ayat 10-13 yang bermaksud: “(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung di dalam gua, lalu mereka berdoa:”Ya Tuhan kami! berikanlah kami rahmat dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus dalam urusan kami. “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) kisah mereka dengan sebenar-benarnya. Sesunggu...

[ KALAM PIMPINAN: MENGAPA KITA PERLU BERJAYA? ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم                                                                                               Assalamualaikum w.b.t Firman Allah SWT: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. (al-Maidah : ayat 3) Para ulama’ tafsir telah memperakui dan meriwayatkan bahawa penurunan ayat ini kepada Nabi Muhammad SAW dan umat Islam yang lain telah menambahkan kebencian puak-puak Yahudi kepada agama Islam.Mereka jangka bahawa kesempurnaan agama Islam diterima oleh mereka namun sikap dan perangai mereka terhadap para utusan...

[ KALAM PIMPINAN: WASIAT LUQMANUL HAKIM ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Luqman al-Hakim ialah orang yang disebutkan dalam al-Quran; surah Luqman. Beliau sangat terkenal kerana nasihat-nasihatnya terhadap anaknya. Dikisahkan dalam satu riwayat bahawa Luqman al-Hakim telah memasuki satu pasar dengan menunggangi seekor keldai, sedangkan anaknya mengekori dari arah belakang. Melihat tingkah laku itu, orang berkata "Lihat itu, orang tua yang tidak bertimbang rasa sedangkan anaknya dibiar berjalan kaki". Setelah mendengarkan desas-desus daripada mereka, lalu Luqman turun daripada keldai dan meletakkan anaknya di atas keldai tersebut. Melihat situasi yang kedua, lalu orang tersebut berkata "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya di atas keldai itu, sungguh kurang ajar anak itu". Setelah mendengar kata-kata itu, Luqman pun naik ke punggung keldai itu bersama anaknya. Kemudian orang berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor keldai, mereka sungguh menyeksa keldai itu". Luqman dan ...

[ KALAM PIMPINAN: KESEIMBANGAN ILMU DAN AMAL ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Takrif ilmu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah kata nama yang berasal daripada bahasa arab  yang bermaksud pengetahuan dalam segala perkara. Ilmu dari segi bahasa menurut pandangan Islam ada 2, dari segi bahasa dan istilah. Dari segi bahasa, ilmu terbahagi kepada 3 takrifan, iaitu: 1) Pertama, الرؤية yang membawa maksud lihat dan perhati. Bukti ini dapat kita lihat di dalam surah Muhammad ayat 31. 2) Kedua, العلم بالشيء yang membawa maksud mengetahui tentang sesuatu. Kita dapat lihat takrif ini daripada firman Allah SWT di dalam surah al-A'la ayat 7. 3) Ketiga, الإذن yang membawa maksud kebenaran dan keizinan. Contohnya, dalam firman Allah SWT dalam surah Hud ayat 14. Dari segi istilah, ilmu membawa maksud mendapat sesuatu atau pengetahuan tentang sesuatu yang belum diketahui melalui cara pembelajaran. 'Amal' pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah perkataan yang diambil daripada bahasa arab yang membawa maksud apa saj...

[ BERITA : JAULAH SOIFIAH MATRUH SIWA 2019 (SOIFY ’19) ]

Image
KAHERAH & MATRUH, 19 dan 20 OKTOBER 2019 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 telah mengadakan Jaulah Soifiah Matruh Siwa 2019 (SOIFY ’19) selama 4 hari. Pada hari pertama telah mengadakan taklimat tentatif program beserta solat sunat musafir bertempat di Asrama Baru Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada 47 para peserta. Antara objektif SOIFY ’19 ialah yang pertama niat kerana Allah SWT, mengeratkan ukhuwah antara anak-anak Wilayah Persekutuan Mesir, meluaskan thaqafah ahli tentang sejarah di Mesir dan membuka minda ahli dengan menghayati keindahan alam semesta.    Pada hari tersebut, bertolak perjalanan ke Matruh selepas solat Subuh berjemaah. Tibanya di Matruh, aktiviti seterusnya melawat Hamam Cleopatra. Selain itu, mereka bergerak ke Pantai Putih yang berlangsungnya majlis perasmian yang dirasmikan oleh Muhammad Aiman Bin Md Rashid Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2018/2019, sukane...

[ KALAM PIMPINAN: KELEMAHAN DAN KEKUATAN UMAT ISLAM ]

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat yang paling besar iaitu nikmat Iman dan Islam. Firman Allah SWT: كُنۡتُمۡ خَيۡرَ اُمَّةٍ اُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَاۡمُرُوۡنَ بِالۡمَعۡرُوۡفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ الۡمُنۡكَرِ وَتُؤۡمِنُوۡنَ بِاللّٰهِؕ وَلَوۡ اٰمَنَ اَهۡلُ الۡكِتٰبِ لَڪَانَ خَيۡرًا لَّهُمۡؕ مِنۡهُمُ الۡمُؤۡمِنُوۡنَ وَاَكۡثَرُهُمُ الۡفٰسِقُوۡنَ‏ Maksudnya: "Kamu adalah umat terbaik dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dariada yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang yang fasik." (Surah ali-Imran: 110) Umat Islam adalah umat terbaik yang dilahirkan di muka bumi ini selagi mana dia menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tetapi apabila umat Islam melupa...

[ KALAM PIMPINAN: ANCAMAN LIBERAL TERHADAP UMAT ISLAM ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt Firman Allah Taala : وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَهُودُ وَلَا ٱلنَّصَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمۡۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰۗ وَلَئِنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِي جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِيّٖ وَلَا نَصِيرٍ ‏Orang-orang Yahudi dan" Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada "mu. (Al-Baqarah : 120)    Umat Islam hari ini sedang berhadapan dengan ancaman daripada penularan idea liberalisme yang saban ...