Posts

Showing posts from July, 2017

[KALAM PIMPINAN : ADAB MENUNTUT ILMU]

Image
Firman Allah: (وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا ۖ فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَىٰ قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ) "Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyebarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran". (Surah al-Ahqaf ayat 29) Pada ayat ini, Allah SWT merakamkan sifat pujian terhadap sekumpulan jin dimana mereka bersungguh untuk mendengar kalam Allah SWT yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW. Pada ayat ini juga dapat kita lihat adab dalam menuntut ilmu iaitu memberi sepenuh perhatian kepada apa yang ingin disampaikan, bahkan mereka memberi pesanan kepada rakan lain

[RISALAH IQTISODIAH : SIRI 02]

Image
Boikot: Antara Realiti dan Kontroversi Muhammad Ilman bin Abdul Razak Siri 02 Sejarah Tindakan Boikot Terhadap Israel Pemboikotan terhadap produk dan sebarang perkhidmatan yang datang daripada yahudi zionis atau negara haram Israel telah bermula sebelum penubuhan Israel itu sendiri. Berikutan penentangan daripada negara Arab terhadap peningkatan bilangan penempatan dan kemasukan Yahudi semasa tanah Palestin di bawah pentadbiran British, Liga Arab telah membuat suatu ketetapan agar anggotanya perlu melaksanakan pemboikotan terhadap aktiviti perekonomian yahudi bermula pada tahun 1945. Selepas deklarasi penubuhan negara haram Israel pada 14 Mei 1948, tindakan boikot pada peringkat Liga Arab diperkemaskan lagi melalui perluasan skop sasaran boikot. Ianya dibahagikan kepada tiga peringkat; peringkat pertama: larangan terhadap sebarang urusniaga antara rakyat negara anggota dengan Israel, peringkat kedua: larangan terhadap rakyat negara anggota berurusniaga dengan entiti perniagaan yang

[RISALAH BIAH SOLEHAH: INDAHNYA UKHUWAH ISLAMIAH]

Image
Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.” (HR Muslim) Makna Ukhuwah Islamiah menurut Imam Hasan al-Banna adalah keterikatan hati dan jiwa antara insan  dengan ikatan aqidah. Ukhuwah merupakan salah satu dari tiga unsur kekuatan yang menjadi tunjang masyarakat Islam pada zaman Rasulullah SAW, Pertama, kekuatan iman dan aqidah. Kedua, kekuatan ukhuwah dan ikatan hati. Ketiga, kekuatan kepemimpinan dan senjata.

[RISALAH TINTA DAKWAH : MAKNA REZEKI]

Image
Makna Rezeki Rezeki adalah: هُوَ كُلُّ مَا تَنْتَفِعُ بِهِ مِمَّا اَبَاحَهُ اللهُ لَكَ سَوَاءٌ كَانَ مَلْبُوْسٌ اَوْ مَطْعُوْمٌ … حَتَّى الزَّوْجَة رِزْق، الاَوْلاَدُ وَ البَنَاتُ رِزْقٌ وَ الصِّحَةُ وَ السَّمْعُ وَ العَقْلُ … الخ “Segala sesuatu yang bermanfaat yang Allah halalkan untukmu, sama ada   berupa pakaian, makanan, sampai pada isteri. Itu semua termasuk rezeki. Begitu pula anak laki-laki atau anak perempuan termasuk rezeki. Termasuk pula dalam hal ini adalah kesihatan, pendengaran dan penglihatan.” Abu Yazid al-Busthami, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah tidur, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan seorang pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang   dan kehidu

[RISALAH AL-HIKMAH : SYARAT-SYARAT MENJADI IMAM]

Image
Syarat-syarat Menjadi Imam وَعَنْ أبن مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم: يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ ، فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً ، فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ ، فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً ، فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً ، فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً ، فَأَقْدَمُهُمْ سِلْمًا ، وَلَا يَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ فِي سُلْطَانِهِ ، وَلَا يَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلَّا بِإِذْنه Dari Ibnu Mas'ud ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Yang mengimami kaum adalah orang yang paling pandai membaca al-Quran di antara mereka. Jika dalam bacaan mereka sama, maka yang paling banyak mengetahui tentang Sunnah di antara mereka. Jika dalam Sunnah mereka sama, maka yang paling dahulu berhijrah di antara mereka. Jika dalam hijrah mereka sama, maka yang paling dahulu masuk Islam di antara mereka, dan janganlah seseorang mengimami orang lain di tempat kekuasaanny

[BERITA : IHTIRAM '17 DAN SALAM '17]

Image
KAHERAH 27 Mei - 25 Jun 2017 : Alhamdulillah syukur di atas nikmat kehidupan yang dikurniakan Allah SWT dapat lagi kita melalui 2 fasa penting sebagai orang muslim iaitu bulan Ramadan juga merupakan bulan tarbiah seterusnya hari kemenangan Aidilfitri yang baru sahaja disambut beberapa hari sebelum ini. Oleh yang demikian, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016 /2017 tidak terlepas juga untuk meraikan 2 fasa penting ini dengan mengadakan program bagi menghidupkan bulan- bulan ini.