BELANJAWAN YANG BIJAK
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih mengurniakan nikmat kepada kita . Selawat serta salam ke atas Junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana dengan jerih payah Baginda kita masih dapat merasai nikmat Iman dan Islam. Belanjawan yang bijak merupakan tunjang yang penting dalam pembentukan kehidupan seseorang individu, pembangunan masyarakat malah kepada pembinaan negara maju dan berwawasan. Mengikut salah satu elemen dalam Maqasid Syariah iaitu hifzul Mal (penjagaan harta) Islam telah meletakkan beberapa garis panduan untuk menjaga dan mengurus kewangan dengan bijak.