Posts

Showing posts with the label Kenyataan

[KENYATAAN RASMI SETIAUSAHA AGUNG BKAWM: PELANTIKAN AJKT KEKAL BKAWM SESI 2017/2018 ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam kerana dengan rahmat serta petunjuk-Nya, dihidupkan kita pada hari ini dengan bermacam-macam nikmat untuk kita syukuri. Selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. kerana berkat perjuangan baginda, kita bernafas dengan kalimah syahadah, Alhamdulillah. Bulan Oktober bakal menjelang, seiring kemunculan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) BKAWM 2017. Maka sudah tiba saat kita melihat wajah-wajah baru pimpinan BKAWM yang akan datang. Maka, berdasarkan perlembagaan BKAWM Fasal 16 (2): "........ dua AJK Tadbir siswa dan dua AJK Tadbir siswi akan dipilih di dalam Mesyuarat AJK Tadbir untuk dikekalkan apabila berlakunya pembubaran AJK Tadbir di Mesyuarat Agung Tahunan."

[KENYATAAN RASMI TIMBALAN YANG DIPERTUA: PENANGGUHAN PROGRAM FASA 2]

Image
Assalamualaikum Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam yang telah melimpahkan rahmatNya ke atas diri kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan keluarganya.  Bersempena dengan musim peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 akan membuat penangguhan aktiviti dan program. Penangguhan ini akan bermula pada 20 April 2017 sehingga tamat peperiksaan fasa 2.

[BERITA: LAWATAN YANG MEMBAWA KEMUDAHAN]

Image
KAHERAH, 22 Januari 2017 - Satu lakaran baharu buat potret sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), apabila anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir digembirakan dengan berita pengumuman Asrama Baharu Wilayah Persekutuan yang terletak di Hayyu Sabie', Kaherah.

[ KALAM PIMPINAN YANG DIPERTUA BKAWM : SEMPENA PEPERIKSAAN FASA PERTAMA ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim,                 Bersyukur kita kepada Allah swt, selawat dan salam kepada Rasulullah dan keluarganya serta para sahabat yang mengikuti perjuangan baginda. Firman Allah taala : وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنْفِرُوا كَافَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِنْ كُلِّ فِرْقَةٍ مِنْهُمْ طَائِفَةٌ لِيَتَفَقَّهُوا فِي الدِّينِ وَلِيُنْذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوا   إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ "Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semuanya pergi ke medan perang, mengapa sebahagian di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali, agar mereka dapat menjaga dirinya " - at-Taubah ayat :122

[KENYATAAN RASMI YANG DIPERTUA BKAWM]

Image
Kaherah, 20 Januari 2016. Pada awal penggal tahun 2016, sekali lagi mahasiswa Mesir mengalami sejarah hitam dibumi anbiya ini daripada rentetan penafian hak Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM). Isu penafian hak anak johor ini sewajarnya tidak diambil ringan oleh pihak berwajib di Mesir mahupun di Malaysia. Sepertimana maklum, pejabat rasmi BKPJM telah dipecah masuk dan dipunggah keluar aset-aset pejabat BKPJM. Kita menyifatkan tindakan ini sebagai satu tindakan yang mencabuli hak persatuan induk mahasiswa Johor.

TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM

Image
27 NOVEMBER 2015: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan visi BKAWM yang kedua, iaitu “Meningkatkan kecemerlangan akademik dan penguasaan thaqafah”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah.

PERKEMBANGAN BADAN PERENCANA USUL

Image
     Sepertimana yang telah dimaklumkan melalui kenyataan pimpinan bertarikh 6 Disember 2014, Badan Perencana Usul (BPU) telah ditubuhkan bagi memacu proses menjayakan dua usul yang telah disepakati pada Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM sesi lepas. Dua usul yang telah dipersetujui tersebut adalah: 1) Mempertahankan hak zakat anak wilayah persekutuan di Mesir khususnya melalui tindakan: 1.       Menggesa pengembalian semula hak permohonan biasiswa buat mahasiswa tahun dua ke atas dan pengenalan bantuan yang berkaitan 2.       Mempertahankan hak anak Wilayah Persekutuan untuk menetap di ARWP dan memanfaatkannya menerusi BKAWM. 2) Pimpinan dan ahli bersama-sama memelihara kesatuan BKAWM dengan tindakan: 1.     Menolak anasir-anasir yang menggugat kesatuan BKAWM. 2.     Mempertahankan BKAWM sebagai organisasi yang berperanan menjaga kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesi...

KENYATAAN RASMI PENGARAH SPR BKAWM 2015.

Image
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya Muhamad Hafiz Naim B Raduan telah diamanahkan sebagai Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Badan kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir 2015 (SPR BKAWM) bagi menguruskan pemilihan kepimpinan BKAWM bagi sesi 2015/2016. Setelah mana pihak SPR BKAWM telah bermesyuarat pada 7 September 2015 yang lepas, maka dengan ini SPR BKAWM akan mengumumkan tarikh-tarikh berikut.

[PENGUMUMAN: Pengarah SPR BKAWM 2015 Telah Dilantik ]

Image
Assalamualaikum W.B.T.   Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.   Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM telah pun bersetuju membentuk sebuah organisasi berkecuali iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya 2015 bagi menguruskan pemilihan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir  bagi sesi 2015/2016.

KENYATAAN BERSAMA YANG DIPERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI (BKAN) DI MESIR 14 JULAI 2015

Image
ISU DAKWAAN BERLAKU PENIPUAN BAYARAN ASRAMA DI KAHERAH Mesyuarat Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) pada hari ini yang dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad ‘Asri Bin Mohd Salim Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2014/2015 telah mengambil beberapa pertimbangan dalam isu berkenaan dengan dakwaan berlaku penipuan bayaran asrama di Kaherah yang telah tersebar berikutan kenyataan media Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah dan Palestin bertarikh pada 13 Julai 2015 dan telah mencapai kesepakatan seperti berikut :

KENYATAAN YDP BKAWM "MUHASABAH SEPARUH PENGGAL 2014/2015"

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selaut kesyukuran kita panjatkan kepadaNya, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga baginda, para sahabat serta seluruh pejuang dan pendukung agama Islam. Para sahabat yang dikasihi Allah SWT sekalian, Islam telah menggariskan beberapa perkara penting dalam memastikan gerak kerja amal Islami agar ianya dapat dijalankan secara kolektif. Seperti firman Allah SWT dalam surah as-Sof ayat ke-4: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang  untuk membela agamaNya dalam barisan yang teratur rapi seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”.

Kenyataan Rasmi Jawatankuasa Islah Asrama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2014/2015

Image
        Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah diberikan nikmat iman dan Islam. Menelusuri sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang pada mulanya beroperasi tanpa bangunan sejak penubuhannya sehingga Mac 2009, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) telah terbina dan menjadi pusat bagi segala aktiviti BKAWM. Demi keselesaan dan keselamatan penghuninya bagi jangka masa panjang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah memutuskan untuk melaksanakan pembaikian  dan penambahbaikan terhadap ARWP bermula satu April ini.

Kenyataan pimpinan : Makluman Penubuhan Badan Perencana Usul (BPU)

Image
Segala puji bagi Allah S.W.T   atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada hambanya, selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi SAW yang begitu banyak mencurahkan jasa dan bakti kepada umat yang baginda kasihi.                Tamat sudah Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke 16 (MAT-16) pada 18 dan 19 Oktober 2014 lepas. Setiap Mesyuarat Agung Tahunan pasti membincangkan perkara berkenaan usul yang dicadang dan diberi pandangan oleh ahli BKAWM untuk kepentingan bersama. Usul juga merupakan asas dalam pembawaan BKAWM dan menjadi tanggungjawab buat pimpinan dan ahli dalam menjayakan usul tersebut. Rentetan daripada  Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke 16, terdapat dua usul yang telah disepakati untuk di jayakan pada sesi 2014/2015 iaitu:

Data Keahlian BKAWM Ogos 2014

Image
Sebarang permasalahan boleh berhubung dengan  Ketua dan Timbalan Unit Pendaftaran dan Sambutan. Dikeluarkan oleh: Jabatan Setiausaha Agung (JASA) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2013/2014

Kalam Pimpinan: Sambutan Mahasiswa Baru Sesi 2012/2013

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tidak pernah jemu mencurahkan rezeki tidak kira kepada hambanya yang taat ataupun ingkar. Tidak dilupakan juga selawat serta salam buat junjungan besar penghulu sekalian alam Muhammad s.a.w bersama para ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah banyak berkorban bagi memastikan kesinambungan Islam itu sampai dan tiba kepada kita pada hari ini. Mewakili barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2012/2013 dengan rasa gembira dan berbesar hati kami bersedia menerima kehadiran dan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru ke bumi ilmu ini bagi meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Moga kehadiran mereka kali ini akan menjadikan keluarga BKAWM ini menjadi lebih ceria dan kesatuan kita menjadi lebih utuh dan kukuh. Moga ukhuwah kita menjadi lebih erat dengan hadirnya ahli keluarga baru di dalam BKAWM kali ini. “BKAWM Keluarga Kita” “Keung...

Kalam Pimpinan - Persediaan Menghadapi Peperiksaan

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, selaut rasa syukur dipersembahkan ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang tidak terkira sehingga ke detik ini. Selawat dan salam buat insan agung, Nabi Muhammad SAW, para sahabat, serta para pencinta dan pejuang yang terus thabat dalam menegakkan agama Allah SWT di muka bumi. Firman Allah SWT, Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan. At-Taubah : 20 Pelbagai fasa telah kita lalui sepanjang sesi pengajian ini. Menghadiri kuliah dari pagi hingga ke petang hari, ditambah dengan kelas praktikal, malah tidak kurang juga yang gigih ke kelas-kelas tutorial bagi menambah ilmu di dada. Masing-masing berhempas-pulas mencari dan menagih mutiara ilmu daripada guru-guru, tidak kira yang berada dalam jurusan Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan.

Tempahan Tender Bazar Festival Selera Asia Dibuka!

Image
Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah tender Bazar Festival Selera Asia, Wilayah Family Day 2012 (WiFi '12) sila hubungi saudara Ab Samad Abdul Aziz 01119893830 dan saudari Liyana Ahmad 01116145201.Hanya 9 tapak yang disediakan. 1) Bazar pada 4-6 Mac 2012 2) Bertempat di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan | ARWP, Hayyu Sabie 3) Tarikh tamat tempah pada 29 Feb 2012 Wilayah Family Day 2012 (WiFi '12) "Connecting People"

JOM datang ke WiFi '12.

Image
Marilah sertai Wilayah Family Day 2012, (WiFi '12) pada, Tarikh: 3, 4, 5, 6, dan 7 Mac 2012. Hari: Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu. Tempat: Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP), Hayyu Sabiek Terdapat pelbagai pengisian yang sangat menarik. Wilayah Family day 2012, (WiFi '12) "Connecting People"

Akan datang. WiFi'12.

Image
Akan datang pada MAC ini, Wilayah Family Day 2012, WiFi '12.

Makluman Pemangkuan Jawatan

Image
Makluman kepada semua ahli BKAWM, jawatan Naib Setiausaha Agung merangkap Ketua Unit Kebudayaan,Kesenian dan Sukan yang disandang oleh saudara Muhd Bazli bin Zakaria dipangku sementara oleh Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan,saudara Muhammad Ali Hafiz bin Mohd Nazri. Pemangkuan adalah rasmi sepanjang kepulangan saudara Muhd Bazli bin Zakaria ke Malaysia. "Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan"