Posts

Showing posts from April, 2014

Kempen “Smart Entrepreneur Campaign”

Image
Pada tanggal 17 April 2014, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir di bawah Unit Ekonomi telah melancarkan satu kempen “Smart Entrepreneur Campaign” dengan bertemakan “Kemapanan Ekonomi Penggerak Agenda”.  Malam perasmian kempen dimulakan terlebih dahulu dengan slot motivasi anjuran Unit Pendikan dan Pengetahuan dan diteruskan lagi dengan slot perasmian kempen. Majlis di serikan dengan kehadiran ahli Wilayah Persekutuan  yang ramai sehingga memeriahkan lagi suasana pada malam itu. Kempen ini telah dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman selaku Yang Dipertua BKAWM.  Selain itu, antara objektif kempen adalah menjana ekonomi BKAWM, menggalakkan penyertaan ahli dalam aktiviti perniagaan, meminimumkan masalah hutang serta memperkasa amalan menabung.  Disamping itu juga, pelbagai aktiviti yang telah direncana di bawah kempen ini seperti Bazaria Wilayah Persekutuan, Bengkel Keusahawanan, Anugerah Pelanggan Setia, Tabung Belia, Modal Niaga. Seterusnya, Sau

Ziarah Mahabbah Mengukuh Keluarga BKAWM

Image
KAHERAH, 25 April 2014- Lajnah Kebajikan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2013/2014 telah menganjurkan Ziarah Mahabbah 2014 pada 23 April 2014 yang lalu bagi Kepimpinan AJK HEWI BKAWM 2013/2014. Ziarah Mahabbah pada kali ini diadakan bagi mencapai objektif utamanya iaitu merapatkan hubungan antara barisan kepimpinan BKAWM dengan ahli yang tinggal di rumah sewa. Selain itu, ziarah ini juga bertujuan untuk memantau kebajikan ahli terutama sekali dari sudut keselamatan.           Sebanyak enam buah rumah sewa di sekitar Hayyu Sabie berjaya dilawati pada hari tersebut. Antaranya ialah Bait Mumtaz, Bait Tijarah, Bait Villa, Darul Falah, Bait Kushairi dan Bait Rayyan. Perjalanan ke rumah-rumah sewa dimulakan tepat jam 8.00 malam. Sepanjang ziarah berlangsung, beberapa aktiviti telah dilaksanakan iaitu taaruf sesama ahli, penyampaian Syantah Imtihan dari Lajnah Kebajikan dan pengedaran bahan cetakan dari Unit Penerangan dan Penerbitan serta Unit Pendidikan da

The Apprentice Siri 2 Meningkatkan Kualiti Pelapis

Image
KAHERAH, 25 April 2014- The Apprentice 2014 siri ke-2 telah berjaya dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) di bawah Lajnah Perancang BKAWM sesi 2013/2014 pada tanggal 15 dan 16 April 2014 yang lalu. Program ini merupakan program lanjutan daripada siri pertama yang telah diadakan sebelum ini. Dengan bertemakan “Pelapis Berkualiti Pengukuh Organisasi”, The Apprentice pada kali ini telah dirangka dengan beberapa aktiviti dan pengisian menarik bagi mencapai objektif program ini, iaitu: 1. Melahirkan ahli yang faham tanggungjawab sebagai generasi pelapis BKAWM. 2. Melahirkan ahli yang memahami sejarah BKAWM. 3. Menjalin hubungan yang erat antara AJKT dan mentee BKAWM.           Program bermula seawal jam 4.00 petang dan dimulakan dengan slot yang pertama iaitu Slot Pembentangan MBO, KPI & MO yang disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM sesi 2013/2014 sendiri, iaitu saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman. Para peserta didedahkan tentang ca

Kalam Pimpinan: Akal yang Cerdas dari Badan yang Sihat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم           Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi. Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi atas kurniaan kekuatan dan kesihatan dariNya sehingga kita masih lagi mampu untuk menikmati hidup di alam nan indah ini. Sabda nabi Muhammad S.A.W : عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi bersabda: “Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu luang”. [HR Bukhari, no. 5933].           Imtihan yang semakin hampir telah menghantui seluruh mahasiwa di Perlembahan Nil ini. Pada ketika ini, ramai di antara kita yang sedang sibuk mengulangkaji silibus pelajaran masing-masing tidak kira sama ada mahasiswa Pengajian Islam mahupun Sains Kesihatan. Disebabkan kesibukan yang mencengkam para mahasiswa sehingga ada yang

Ziarah Kelahiran Baru BKAWM

Image
KAHERAH, 22 April 2014- Barisan Kepimpinan AJK Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 telah menziarahi seorang ahli yang telah menyambut kelahiran seorang mujahidah pada Sabtu yang lalu.            Iffah Syatirah binti Mohd Mawardi telah selamat dilahirkan pada tanggal 13 April 2014 yang lalu. Puteri sulung Mohd Mawardi bin Md Zain dan pasangannya ini seberat 3 kilogram ketika dilahirkan dan selamat disambut secara normal pada jam 6.30 pagi di Hospital Badawi, Abbas El-Aqad.           Sebelum pulang, pihak AJK HEWI BKAWM yang diwakili oleh NAIB PENGERUSI HEWI 1, saudari Zahidah Izzati binti Mohd Johari menyampaikan sedikit cenderamata kepada pasangan tersebut. Semoga dengan kehadiran srikandi kecil ini bakal menjadi penyeri bahtera rumahtangga yang dibina seterusnya menjadi srikandi pejuang harapan ummah pada masa akan datang. “Meneguh Ukhuwah, Menjana Tarbiah” “Satu Fikrah Satu Amal”

Kursus Hospitaliti Menambah Kemahiran Ahli

Image
10 April, Kaherah – Unit Perumahan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan sebuah kursus iaitu “Kursus Hospitaliti” yang merupakan suatu kursus yang memberi pendedahan tentang pengurusan penyediaan jamuan dan hidangan dalam skala yang besar. Dengan bertemakan “Mahasiswa Berkemahiran Tunjang Ummah Berkualiti”, kursus ini telah dijalankan bagi mencapai objektifnya iaitu untuk melahirkan pelapis baru dalam pengurusan hospitaliti di samping menambah pengetahuan ahli dalam bidang pengurusan hospitaliti.            Kursus ini telah diadakan di Dewan Sri Putra, ARWP dan disertai oleh 12 orang peserta siswa dan 22 orang peserta siswi. Kursus ini adalah kursus yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh BKAWM  dan telah bermula pada 8.30 malam dimulai dengan slot pertama , iaitu slot “Cook For Everyone” yang disampaikan oleh seorang pengisi yang sangat berpengalaman dalam bahagian masakan bagi program-program yang besar, iaitu Saudara Saifull

Kursus Setup Laptop Membina Generasi Berkemahiran

Image
KAHERAH, 9 April- Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2013/2014 telah mengadakan Kursus Setup Laptop 2014 pada hari Isnin yang lalu. Kursus yang bertemakan ‘Mahasiswa Berkemahiran Pencetus Transformasi’ ini diadakan bagi mencapai beberapa objektif, iaitu: 1. Memberi pendedahan kepada ahli tentang ‘hardware’ komputer. 2. Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ahli tentang cara-cara penjagaan komputer yang sebenar. 3. Melahirkan pelapis dan aktivis BKAWM yang berkualiti dan berkemahiran serta berpengetahuan tinggi.           Kursus sehari ini mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada ahli Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, tetapi juga ahli rumah sewa. Seramai 26 orang peserta telah hadir memenuhi kuota yang ditetapkan oleh pihak penganjur kursus yang diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan ini.           Kesemua peserta yang hadir tidak melepaskan peluang bagi menimba ilmu dari pengisi yang

Secretary Workshop 2014 Lahirkan Setiausaha Berketerampilan

Image
6 APRIL, Kaherah – ‘Kecemerlangan Melalui Keterampilan’, merupakan tema yang telah dibawa dalam program Secretary Workshop 2014 anjuran Jabatan Setiausaha Agung (JASA), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Program yang telah dijalankan pada 5 April ini telah disertai oleh 16 orang peserta termasuk setiausaha setiap Jabatan, Lajnah dan Unit di bawah organisasi BKAWM. Program telah dijalankan di Perpustakaan Darul Madani, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan bermula jam 4.00 petang.           Antara objektif dalam penganjuran program ini ialah membentuk aktivis yang mahir dan berkebolehan dalam bidang kesetiausahaan dan protokol majlis bagi meningkatkan pengurusan pentadbiran BKAWM serta melahirkan pelapis setiausaha yang berketerampilan dan bakal menjadi sumber tenaga BKAWM.           Majlis perasmian telah dimulai dengan ucapan pengerusi majlis, seterusnya kalam harapan daripada pengarah, Saudara Muhammad Yasin bin Awang merangkap Setiausaha Agung BKAWM. Uca

Majlis Ramah Mesra Mempererat Hubungan Antara Dua Pihak

Image
KAHERAH, 4 April 2014- Pihak Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah menganjurkan sebuah Majlis Ramah Mesra bersama Delegasi MAIWP dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) pada 2 April yang lalu. Majlis yang dikelolakan oleh Unit Pendaftaran dan Sambutan BKAWM sesi 2013/2014 ini telah dihadiri hampir 100 orang anak Wilayah Persekutuan yang tinggal di sekitar Kaherah dan juga cawangan.           Tujuan utama majlis ini diadakan adalah supaya pihak delegasi yang terdiri daripada Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP, Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya dan Penolong Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP, Encik Ahmad Fadli bin Adam dapat membuat tinjauan perihal kebajikan anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir di samping dapat merungkai persoalan dan kemusykilan daripada mereka berkaitan Baitulmal MAIWP.           Majlis bermula dengan penerangan daripada pihak Delegasi MAIWP tentang status terkini Baitulmal MAIWP yang sedang dikemaskini sistemnya ke arah sis