Posts

Showing posts with the label berita

[BERITA : MAJLIS PERASMIAN IHYA' TARBAWI RAMADAN 2017]

Image
KAHERAH, 25 Mei 2017 - Bersempena bulan Ramadan yang bakal tiba, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 telah melaksanakan perasmian program Ihya' Tarbawi Ramadan 2017 ( IHTIRAM '17) yang bertempat di surau Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Objektif program kali ini tidak lain tidak bukan bagi menghidupkan dan memeriahkan bulan Ramadan di samping menambah rasa cinta dan kasih kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Program ini dimulakan dengan ucapan daripada saudara Amirul Arif bin Shukri , Pengarah IHTIRAM `17 dan diikuti dengan ucapan serta perasmian oleh saudara Abdul Wafi bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017. Setelah selesai ucapan dan perasmian, program diteruskan dengan gimik perasmian Tabung IHTIRAM `17. Tujuan tabung ini diwujudkan bagi mengutip dana untuk menampung aktiviti - aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan Ramadan ini di samping memberi galakkan kepada semua untuk bersedekah. Akhirnya, harapan agar ma...

[USMB `17 : MAHASISWA BERILMU, MERIBAT KESATUAN]

Image
BERITA KEDATANGAN PELAJAR-PELAJAR BARU USMB `17 KAHERAH, 16 April 2017 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutun Mesir (BKAWM) sesi 2016/2017 dengan kerjasama Urusetia Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB `17) beserta Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM)   telah menyambut   mahasiswa dan mahasiswi   baru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Jumlah pelajar yang tiba adalah seramai 41 orang yang terdiri daripada 25 orang mahasiswa dan 16 orang mahasiswi yang diuruskan dengan   kerjasama Ikatan Lepasan Mahasiswa/wi Mesir (ILMAM) Selangor.Turut bersama Ustaz Ahmad Fadli Bin Adam selaku Pegawai   Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Ustaz Abdul Wafi Bin Alias selaku Yang Dipertua BKAWM sesi 2016/2017 dan Ustaz Kaliem Rabbani Bin Abdul Rashid selaku Pengarah USMB ‘17   dalam menyambut mahasiswa/wi   baru di lapangan terbang.

[BERITA: WILAYAH SUPER BAZAR 2017 (SUPERB ‘17)PEMANGKIN EKONOMI, MENJALIN SILATURRAHIM]

Image
KAHERAH, 20 Mac 2017-   Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2016/2017 buat julung kalinya telah mengadakan satu program mega bernama Wilayah Super Bazar (SUPERB ‘17) yang bertempat di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabie’. Program telah berlangsung selama empat hari bermula pada 15 Mac hingga 19 Mac 2017.

[BERITA: HARI MAKTABAH WADAH PENINGKATAN THAQAFAH AHLI]

Image
KAHERAH - 28 Feb 2017 - Unit Pendidikan dan Pengetahuan telah mengadakan Hari Maktabah yang merupakan satu inisiatif untuk menghidupkan budaya keilmuan di kalangan ahli BKAWM. Program ini telah berlangsung selama 2 hari pada 27 Februari bgi siswa dan 28 Februari bagi siswi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Selain itu, pertandingan teka silangkata turut diadakan bagi memeriahkan program waktu tersebut.

[BERITA: LAWATAN YANG MEMBAWA KEMUDAHAN]

Image
KAHERAH, 22 Januari 2017 - Satu lakaran baharu buat potret sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), apabila anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir digembirakan dengan berita pengumuman Asrama Baharu Wilayah Persekutuan yang terletak di Hayyu Sabie', Kaherah.

[ BERITA: JAULAH SOIFIYAH FAYOUM (SAFI '16) ]

Image
KAHERAH, 21 Ogos 2016- Bersempena cuti semester musim panas, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 telah menganjurkan Jaulah Soifiyah Fayoum 2016 (SAFI ‘16) khusus untuk siswi. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu, 20 Ogos 2016 yang lalu dengan bertemakan "Jaulah Menelusuri Ibrah". Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dengan menghayati dan mentadabbur alam ciptaanNya, serta menambah ilmu dan meluaskan pengetahuan ahli dalam sejarah melalui tempat yang dilawati. Selain itu, program ini juga diadakan bagi mengisi masa lapang serta memanfaatkan waktu cuti, di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM khususnya dengan ahli baru.       Antara tempat yang telah dilawati oleh para peserta ialah Tasik Qarun, iaitu tasik ketiga terbesar di Mesir yang mana, disitulah Allah SWT menenggelamkan Qarun beserta harta kekayaannya. Kemudian, para pes...

[ BERITA : KURSUS KESETIAUSAHAAN 2016 ]

KAHERAH, 16 April 2016- Menyedari kepentingan berpengurusan dalam peringkat individu dan organisasi, Jabatan Setiausaha Agung (JASA) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 telah mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Kesetiausahaan 2016 pada 2 April yang lalu. Kursus yang bertemakan “Muslim Profesional, Generasi Insani” ini telah berlangsung di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabik. Bagi memastikan efisiensi kursus ini, ianya telah dijalankan secara tertutup dan telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tadbir BKAWM, setiausaha Jabatan, Lajnah dan Unit BKAWM, para mentee BKAWM dan beberapa individu umum. Beberapa objektif telah digariskan oleh pihak penganjur, iaitu: 1)         Memberi pendedahan tentang cara mengurus majlis dan ilmu pengucapan awam. 2)         Melahirkan pelapis dan aktivis yang berkemahiran serta cekap dal...

BERITA: FAMILY REUNION OF WILAYAH 2016 (FIRE’16) :SEMARAK API UKHUWAH

Image
FAMILY REUNION OF WILAYAH 2016 (FIRE’16) :SEMARAK API UKHUWAH KAHERAH, 10 Februari 2016 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah menganjurkan sebuah hari keluarga bagi anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir. Program yang diberi nama “Family Reunion of Wilayah 2016” atau lebih dikenali sebagai FIRE ‘16 yang telah berlangsung selama 3 hari. Bermula 8 Februari, banyak aktiviti yang sangat ilmiah dan bersifat mengeratkan ikatan ukhuwah sesama anak Wilayah Perseekutuan, selaras dengan pembawaan FIRE ’16 iaitu mengukuhkan ikatan dan jalinan sesama anak Wilayah Persekutuan di Mesir. FIRE ‘16 melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama 3 hari dengan majlis penutup oleh saudara Adam Syukri bin Mohammad, Yang Dipertua BKAWM sesi 2015/2016. Selain pengisian-pengisian yang bersifat mengeratkan kekeluargaan, terdapat pengisian yang menarik telah disajikan dalam FIRE’16. Antara pengisian yang menarik pada hari pertama ialah pengisian Fiqh Medik. Pengisian y...

BERITA WILAYAH SPORTS LEAGUE 2016 (WISEL ‘16)

Image
KAHERAH , 7 April 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAI W P Mesir (PPMM), telah menganjurkan program kesukanan khas untuk anak-anak Wilayah Persekutuan yang berada di bumi Mesir pada 1 dan 2 Februari yang lalu. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan selama 2 hari program dijalankan. Penyertaan mendapat sambutan yang hangat daripada anak-anak Wilayah Persekutuan, terdiri daripada 50 orang siswi dan 35 orang siswa. Tidak lupa jug a penyertaan daripada wakil BKAN taakhi iaitu Terengganu dan Ked ah yang terlibat dalam aktiviti b ola t ampar bagi siswa dan b ola b aling di sebelah siswi. D engan penyertaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara BKAWM dan BKAN -BKAN taakhi yang lain .

WILAYAH PERSEKUTUAN WORLD OF FOOD 2016 (WWF '16)

Image
KAHERAH, 25 Mac 2016 -  Sebuah program bazar yang dinamakan Wilayah Persekutuan World of Food 2016 (WWF ‘ 16) anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 telah diadakan pada 14 hingga 17 Mac 2016 yang lalu. Program yang berlangsung selama empat hari i ni telah diadakan di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan di Hayyu Sabiek, Kaherah. Antara tujuan program ini diadakan adalah bagi menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM di samping membina kesepaduan antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir.

HARI MAKTABAH

Image
  KAHERAH, 28 Januari 2016 - Hari Maktabah telah diadakan di bawah Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 bertempat di Perpustakaan Darul Madani, ARWP pada 28 dan 29 November 2015 yang lalu. Hari Maktabah ini bertujuan untuk menghidupkan kembali suasana ilmiah khususnya di dalam perpustakaan (maktabah). Ini kerana biah atau suasana ilmiah ini sangat penting untuk memberi rangsangan kepada ahli-ahli BKAWM terutamanya kepada mereka yang menghadapi peperiksaan.

DAURAH KITAB SYITA' MENEKANKAN PEMAHAMAN KAEDAH ILMU TASAWWUF DALAM KALANGAN AHLI

Image
KAHERAH, 19 Disember 2015 - Julung-julung kalinya Daurah Kitab Syita' diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 di Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) yang bertemakan "Menuju ke Jalan Rabbani" dan disampaikan oleh Sheikh Rohimuddin Nawawi Jahari Al Bantani mendiskusi kitab Taflis Iblis karangan Ibnu Arabi.

KEPULANGAN DUA PERMATA BKAWM

Image
KAHERAH, 28 Januari 2016- Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 telah mengadakan Majlis Wida’ bersempena kepulangan permata BKAWM, iaitu saudari Norhazirah binti Mat Basri dan saudara Muhammad Syazwan Syamil bin Mohd Razman ke tanah air tercinta. Majlis secara sederhana telah diadakan di Surau Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan ARWP sejurus selepas penyampaian tazkirah khas mereka masing-masing pada 18 Disember 2015 dan 8 Januari 2016.

Ceramah Kesihatan : Winter & Human Health

Image
KAHERAH, 28 Januari 2016- Pada 15 Disember 2015 yang lalu, Badan kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2015/2016 di bawah Unit Pendidikan dan Pengetahuan telah mengadakan Ceramah Kesihatan sempena musim sejuk yang sedang dihadapi ketika ini. Ceramah yang bertajuk Winter & Human Health yang disampaikan oleh Saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib, Setiausaha Agung BKAWM pada sesi ini.

MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI

Image
MASYUK 3.0 MEWUJUDKAN RASA SYUKUR DALAM KALANGAN AHLI K AHERAH, 19 November 2015– Sekali lagi sejarah menyaksikan Majlis Kesyukuran 3.0 (Masyuk 3.0) yang telah diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2015/2016 di Dewan Sri Putra, ARWP semalam. Masyuk 3.0 yang bertemakan “Budi Dihulur, Zahirkan Syukur” bertujuan untuk melahirkan rasa syukur dan semangat ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM selepas beberapa aktiviti besar yang memerlukan banyak tenaga daripada ahli BKAWM sendiri iaitu perpindahan asrama dari ASWP ke ARWP, Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 serta kedatangan delegasi MAIWP dalam tempoh jarak masa yang sangat dekat.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-17 DAN MALAM APRESIASI 2015 (MAT 17)

Image
KAHERAH, 5 November 2015- Bertepatan tarikh 14 Oktober 2015 yang lalu, bersamaan hari Rabu, 1 Muharram 1437H, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah berjaya mengadakan sebuah program tahunan iaitu Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 dan Malam Apresiasi (MAT 17) bagi sesi 2014/2015 yang bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Majlis Anugerah Cemerlang 2015 (MAC' 15)

Image
KAHERAH, 5 November 2015- Pada 14 Oktober 2015 yang lalu, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang bagi meraikan ahli-ahli daripada pelbagai jurusan sama ada jurusan sains kesihatan mahupun pengajian Islam yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun bagi sesi pengajian 2014/2015.  Majlis yang serba meriah ini diadakan di Dewan Sri Putra, Asrama Wilayah Persekutuan , Kaherah sejurus selepas tamatnya persidangan Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM kali ke-17 dengan dihadiri oleh ahli-ahli termasuk ahli rumah sewa dan ahli cawangan.

Kepulangan Permata BKAWM, saudara Abdul Basit bin Abdullah

Image
KAHERAH, 30 Oktober 2015- Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) menyaksikan sebuah kepulangan permata BKAWM, iaitu saudara Abdul Basit Bin Abdullah minggu lalu. Beliau merupakan seorang aktivis yang banyak menyumbangkan bakti dan tenaganya kepada BKAWM khususnya sepanjang keberadaannya di Mesir. Sebuah Majlis Wida' telah diadakan khusus bagi meraikan kepulangan beliau pada hari tersebut. Bermula dengan Tazkirah Jumaat dan Kalam Akhir daripada beliau, diikuti dengan jamuan dan Futsal Wida' yang diadakan di Nadi Syabab, Sadis.

KOWIY'15: Memaknai Erti Pengorbanan Anak Wilayah

KAHERAH, 2 Oktober – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program Korban Anak Wilayah Persekutuan 2015 (KOWIY’15) yang bertempat di Asrama Sementara Wilayah Persekutuan (ASWP) Mesir.

MAKLUMAN: Pencalonan Barisan Kepimpinan BKAWM sesi 2015/2016

Image
Berikut adalah pencalonan barisan kepimpinan BKAWM bagi sesi 2015/2016 oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan 2015 selepas tamat tempoh bagi pencalonan petang tadi. Lampiran 1: Calon-calon Yang Dipertua dan AJKT Siswa   Lampiran 2: Calon-calon Naib Pengerusi HEWI dan AJK HEWI " Bersih, Cekap dan Telus" "Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan" Satu Fikrah Satu Amal