[ RISALAH HISBAH : MENYURUH KEPADA KEBAIKAN DAN MELARANG DARIPADA KEMUNGKARAN ]
MENYURUH KEPADA KEBAIKAN Dewasa ini, hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah Taala tidak lagi diterap dan diamalkan oleh kebanyakan umat Islam, tetapi diganti dengan perlembagaan yang dicipta oleh pemikiran manusia, malah berlumba-lumba mempelajarinya di institusi-institusi dan fakulti undang-undang. Selain hudud (hukuman syar’i) terdapat juga ta’zir. Menjatuhkan ta’zir (hukuman disiplin) terhadap dosa-dosa yang di dalamnya tidak terdapat hudud (hukuman syar’i). Ta’zir berbeza mengikut keadaan kesalahan dan pelaku itu sendiri. Menjatuhkan ta’zir juga terdapat dalam kesalahan hisbah sama ada terhadap kebaikan yang ditinggalkan atau kemungkaran yang dilakukan. Menyuruh kepada kebaikan terbahagi kepada 3 bahagian: 1. Menyuruh kepada kebaikan yang berkaitan dengan hak Allah Menyuruh kepada kebaikan yang terkait dengan hak Allah terbahagi kepada dua bahagian, iaitu perintah untuk berjemaah (tidak bersendirian) dan juga perintah sunnah. Contoh perintah un...