Posts

Showing posts from April, 2018

[ TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ]

Image
[ TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM ] 18 APRIL 2018: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang pertama iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester kedua khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2017/2018 akan bermula pada bulan Mei 2018. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 18 April 2018. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasisw

[ TINTA DAKWAH: SUDAHKAH KITA BERTAQWA? ]

Image
Sudahkah Kita Bertaqwa? Taqwa menurut al-Quran: Dalam kitab Minhaj al-Abidin, Imam Ghazali menyenaraikan makna taqwa mengikut al-Quran iaitu: 1)    Taat 2)    Takut 3)    Membersihkan hati daripada sebarang kederhakaan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Siapa yang taat kepada Allah dan rasulNya, dan takut kepada Allah serta bertaqwa kepadaNya maka mereka ialah orang yang beruntung." (Surah an-Nur:52) Taqwa dari segi bahasa bererti pemeliharaan, penjagaan atau perlindungan. Imam Ghazali telah membahagikan taqwa itu kepada dua bahagian: Pertama, taqwa fardu iaitu istiqamah dan taat menjaga diri daripada melakukan perkara yang haram. Kedua, taqwa adab iaitu menahan diri daripada berlebih-lebihan dengan perkara yang halal kerana takut dihisab dan malu kepada Allah pada hari kiamat kelak. Orang yang bertaqwa akan sentiasa memelihara semua batas dan hukum-hukum agama. Apabila seseorang memelihara hukum-hukum Allah, maka Allah akan memeliharanya dan Allahl

[ INFO IQTISODIAH: PERANAN WAKAF DALAM EKONOMI ISLAM ]

Image
Peranan Wakaf Dalam Ekonomi Islam Ekonomi Islam memainkan peranan penting dalam kehidupan era globalisasi di dalam perkembangan rezeki manusia. Aspek ekonomi Islam meliputi banyak perkara seperti infaq, zakat, pusaka serta wakaf. Wakaf memainkan peranan penting sebagai institusi ekonomi umat Islam. Ianya perlu dikembangkan dengan cara yang baik dalam membantu perkembangan ekonomi Islam dengan cara mekanisme perkongsian harta kekayaan seseorang dengan orang lain. Konsep Wakaf Wakaf berasal dari perkataan Arab: waqafa . Ia membawa berbagai pengertian, antaranya: berhenti, mencegah dan menahan. Para fuqaha sepakat mentakrifkan wakaf mengikut istilah bahasa dengan al-habs ertinya menahan, kerana perkataan al-ha b s itu lebih hampir kepada pengertian syarak. Lebih-lebih lagi perkataan al-ha b s itu banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW dalam beberap a buah hadisnya, antaranya: " Ø­َبِّسِ الأَصْÙ„َ ÙˆَسَبِّÙ„ِ الثَّÙ…َرَØ©َ "   “Wakafkanlah tanah itu dan

Video Rasmi BKAWM sesi 2017/2018

Image