[ LAPORAN PERTEMUAN BKAWM BERSAMA PPMM ]
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj9sp9raE9vtlsF7WA8bCdFjYIp6xjzSfQ9hrUawnmGaHWm6gCrXbDxYCgoyaYYsGpz7eQNHnx-M2DFLwFvflDCGmtgdSgbwTfCjGpSqO0sBTzwhnoTI9nf_hUSi0TIhRnQ60MvcfBZbyw/s320/DP+BKAWM+19_20.jpg)
Pada tarikh 5 Jun 2020 (Jumaat), bertempat di Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir, beberapa orang wakil pimpinan BKAWM yang diketuai oleh Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri, Yang Dipertua BKAWM sesi 2019/2020 telah mengadakan pertemuan bersama Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan, Encik Mohd Azrul bin Ismail. Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Aiman bin Md Rashid selaku Ketua Penasihat BKAWM sesi 2019/2020 dan juga beberapa penasihat yang lain. Gambar ketika kunjung hormat BKAWM bersama PPMM pada 30 Mac 2020. Pertemuan ini dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Amiruddin bin Ahmad Shukri yang dimulai dengan penerangan serta tujuan perjumpaan tersebut dilaksanakan. Pertemuan kali ini berfokus kepada pengurusan yang berkaitan dengan Pandemik COVID-19. Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan dan perbincangan dua hala di antara pimpinan BKAWM dan Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Dalam pertemuan tersebut, peringkat Pegawai telah mengingatkan be...