Posts

Showing posts from December, 2017

[ BERITA: UCAPTAMA YDP DAN PENGENALAN AJKT HEWI ]

Image
KAHERAH, 16 November 2017 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah mengadakan Majlis Ucaptama Yang Dipertua BKAWM sesi 2017/2018 di Surau, Asrama Baharu Wilayah Persekutuan.                Majlis bermula dengan slot pengenalan Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM sesi ini. Majlis diteruskan dengan slot pembentangan pembawaan BKAWM sesi ini oleh Yang Dipertua BKAWM sendiri dan seterusnya membuka sesi perbahasan kepada ahli-ahli yang hadir. Pelbagai cadangan dan komentar yang membina telah diberikan menunjukkan kecaknaan ahli terhadap kesatuan ini.                Segala cadangan dan komentar yang diberikan telah diteliti dan disusun di peringkat pimpinan untuk merealisasikan pembawaan BKAWM sesi ini dengan cara yang terbaik. Semoga segala keputusan yang dibuat dapat dijayakan secara bersama dan mendapat pertolongan serta keredaan daripada Allah SWT. Muhammad Aiman Bin Md Rashid, Setiausaha Ag

[ BERITA: KELAS ADOBE PHOTOSHOP ]

Image
KAHERAH, 27 November 2017- Unit Penerangan dan Penerbitan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah mengadakan satu kelas kemahiran, iaitu kelas Adobe Photoshop yang bertujuan untuk mengasah bakat ahli dalam bidang reka grafik. Kelas tersebut telah berlangsung pada 26 November 2017 di peringkat siswi dan 27 November 2017 di peringkat siswa. Peserta diberi pendedahan tentang asas-asas berkaitan Adobe Photoshop dan disusuli dengan slot praktikal. Kelas di peringkat siswi disertai seramai 11 orang peserta dan dibimbing oleh empat orang fasilitator yang berpengalaman. Bagi kelas siswa pula, disertai seramai 15 orang peserta dan 4 orang fasilitator. Kelas tersebut dikendalikan oleh saudara Sheikh Muhamad Faeez bin Mohd Nasir bagi peringkat siswa dan saudari Farhatin Najwa bt Bahtiyar bagi peringkat siswi.  Kelas yang berlangsung kira-kira 2 jam itu mendapat sambutan yang amat baik dalam kalangan ahli BKAWM, terutamanya mahasiswa dan mahasisw

[ TEMA, VISI DAN MISI ]

Image
Berikut adalah Tema, Visi dan Misi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018. Oleh itu, besarlah harapan BKAWM agar pimpinan dan ahli dapat menjayakannya bersama-sama. "Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan" "BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[SENAT FAKULTI: TEGUHKAN AZAMMU]

Image
KAHERAH, 13 November 2017 – Unit Pendidikan dan Pengetahuan (UPEP), Badan Kebajikan Anak ‎ Wilayah Persekutuan Mesir ( BKAWM ) sesi 2017 / 2018 telah mengadakan program akademik ‎ iaitu Senat Fakulti khusus buat mahasiswa/wi baharu Wilayah Persekutuan yang bertempat di surau Asrama Baharu ‎ Wilayah Persekutuan . ‎      Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menyediakan satu medium kepada ‎ mahasiswa / wi baharu ini melakukan persediaan menghadapi sesi pembelajaran dan me nambah ‎ kefahaman kepada mereka berkaitan subjek kuliah yang akan dipelajari . ‎     Program ini dibuat secara berasingan antara mahasiswa dan mahasiswi mengikut syukbah ‎ masing - masing . Antara syukbah yang terlibat adalah Usuluddin , Bahasa Arab , Syariah Isl amiah dan ‎ Ulum Islamiah . ‎     Antara pengisian yang dibincangkan adalah berkaitan subtopik ‎ utama dalam sesebuah subjek dan teknik menjawab soalan serta perkongsian soalan - soalan tahun ‎ lepas.     Segala perkon

[ BERITA: KURSUS BENDAHARI (TREASURE IT) ]

Image
   KAHERAH, 11 November 2017 – Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah berjaya melaksanakan satu kursus yang diberi nama Kursus Bendahari (Treasure It) di bawah kelolaan Jabatan Bendahari Agung dengan kehadiran yang memberangsangkan.                Tujuan utama kursus bendahari diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa/wi yang berkemahiran dari segi pengurusan kewangan organisasi dan menyelaras etika dan gerak kerja umum bagi setiap bedahari Jabatan, Lajnah, Unit dan Program BKAWM. Kurusus ini dirasmikan oleh Yang Dipertua BKAWM.                Tiga penekanan utama diberikan kepada peserta merangkumi bidang tugas umum bendahari, laporan kewangan harian persatuan dan akaun akhir persatuan untuk menuju kepada Mesyuarat Agung Tahunan BKAWM.                Slot pertama “Meet The Treasurer” telah disampaikan oleh Saudara Shahrul `Arif bin Shahrul Azhar, Ketua Jabatan Bendahari Kehormat dan Jabatan Ekonomi PERUBATAN sesi 17/18. Slot ini memberi

[BERITA: JEJAK AULIYA' KAHERAH '17]

Image
KAHERAH, 18 November 2017 – Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah menganjurkan program ziarah makam di sekitar Kaherah yang diberi nama Jejak Auliya’ Kaherah 17. Program ini telah berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 18 November 2017 bagi ikhwah dan 25 November 2017 bagi akhawat.                 Objektif utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada ahli BKAWM tentang makam-makam auliya’ dan ulama di sekitar Kaherah itu sendiri serta mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan ahli BKAWM. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serba sedikit tentang sejarah dan perjalanan hidup para auliya’ dan ulama kepada ahli BKAWM.                 Program ini bermula sekitar jam 7 pagi dengan berkumpulnya ahli BKAWM di hadapan Asrama Baharu Wilayah Persekutuan (AWP). Sepanjang perjalanan, para peserta diberikan taklimat dan penerangan ringkas tentang perj

[ BERITA: IJTIMAK FASILITATOR ]

Image
KAHERAH, 15 November 2017: Jabatan Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan telah mengadakan Ijtimak Fasilitator buat julung kalinya bagi sesi 2017/2018 yang bertempat di Dewan Sri Putra, Asrama Wilayah Persekutuan. Program ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan seluruh fasilitator di peringkat BKAWM bagi meningkatkan thaqafah. Pengisian kali ini telah disampaikan oleh saudara Muhamad Hasrik Iskandar bin Zakaria, Ketua Unit Perancang, Jabatan Timbalan Yang Dipertua, Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) 2017/2018. Di akhir pengisian, hadiah telah disampaikan oleh Yang Dipertua BKAWM, saudara Amirul Hakim bin Mohamad Razib sebagai tanda kenang-kenangan. Program diteruskan lagi dengan liqo fasilitator sebagai medium kepada para fasilitator menyampaikan masalah serta cadangan bagi penambahbaikan perjalanan Discussion Group. Program berakhir dengan jamuan makan dan bersurai. Semoga dengan pengisian yang diadakan, dapat mengukuhkan ilmu sert

PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP AMALI

Image
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna.Bertepatan dengan usul BKAWM bagi memperkasakan Discussion Group di semua peringkat ini membuktikan bahawa BKAWM sentiasa komited dalam menyeimbangkan antara akademik, thaqafah dan fikrah sahihah. Bersempena dengan imtihan fasa satu yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 8 Disember 2017. Maka Jabatan Fasilitator mengharapkan semua ahli BKAWM dapat sama-sama menjayakan usul BKAWM dengan penuh bersemangat. Luqman Hakim Bin Hj Kamaruddin,, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2017/2018. “Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM]

Image
6 Disember 2017: TARIKH PENANGGUHAN PROGRAM BKAWM Pendidikan merupakan aspek penting yang dititikberatkan oleh BKAWM terhadap ahlinya sejajar dengan misi BKAWM yang pertama iaitu “Meningkatkan penguasaan thaqafah dan pencapaian akademik”. Hal ini sekaligus menunjukkan keperihatinan BKAWM dalam melahirkan mahasiswa Islam yang terkehadapan dalam bidang akademik dan thaqafah. Peperiksaan semester pertama khususnya di Universiti al-Azhar sesi 2017/2018 akan bermula pada awal Januari 2018. Sehubungan dengan itu, peringkat Lajnah Perancang Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah menetapkan bahawasanya tarikh penangguhan program adalah pada 6 Disember 2017. Oleh itu, segala aktiviti dan program yang melibatkan semua ahli ditangguhkan sementara waktu. Hanya aktiviti yang berbentuk akademik, thaqafah dan kerohanian serta yang berkaitan dengan pendidikan sahaja yang diadakan bagi membantu kecemerlangan seluruh mahasiswa dan mahasiswi Islam di bu

[Berita: Jaulah Abou Ela']

Image
KAHERAH, 4 November 2017 – Bersempena musim sejuk yang bakal menjelang, Unit Kemasyarakatan, Sukan dan Rehlah (UKSR), Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2017/2018 telah menganjurkan program Jaulah Abou Ela’ yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 4 November 2017 bagi ikhwah dan 5 November 2017 bagi akhawat. Antara objektif program ini dianjurkan adalah untuk melengkapkan barangan keperluan musim sejuk dan merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli BKAWM. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli berkaitan Makam Abou Ela’.       Para peserta bertolak dari Asrama Baharu Wilayah Persekutuan ke Abou Ela’ pada jam 6 petang. Setibanya di Masjid Sultan Abu Ala’, peserta menunaikan solat maghrib secara berjemaah dan menziarahi makam Imam Abu Ala’. Program diteruskan lagi dengan aktiviti membeli barangan keperluan dan kelengkapan untuk musim sejuk sehingga jam 8.30 malam.       Pihak program berharap agar program Ja

[CARTA ORGANISASI AJKT HEWI BKAWM SESI 2017/2018]

Image
عَÙ†ْ عَائِØ´َØ©َ Ù‚َالَتْ Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ Ø¥ِØ°َا Ø£َرَادَ اللَّÙ‡ُ بِالْØ£َÙ…ِيرِ Ø®َÙŠْرًا جَعَÙ„َ Ù„َÙ‡ُ Ùˆَزِيرَ صِدْÙ‚ٍ Ø¥ِÙ†ْ Ù†َسِÙŠَ Ø°َÙƒَّرَÙ‡ُ ÙˆَØ¥ِÙ†ْ Ø°َÙƒَرَ Ø£َعَانَÙ‡ُ ÙˆَØ¥ِØ°َا Ø£َرَادَ اللَّÙ‡ُ بِÙ‡ِ غَÙŠْرَ Ø°َÙ„ِÙƒَ جَعَÙ„َ Ù„َÙ‡ُ Ùˆَزِيرَ سُوءٍ Ø¥ِÙ†ْ Ù†َسِÙŠَ Ù„َÙ…ْ ÙŠُØ°َÙƒِّرْÙ‡ُ ÙˆَØ¥ِÙ†ْ Ø°َÙƒَرَ Ù„َÙ…ْ ÙŠُعِÙ†ْÙ‡ُ 'Aisyah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang raja, maka diberinya seorang menteri yang jujur, jika lupa diingatkan, dan jika ingat dibantu. Dan jika Allah menghendaki sebaliknya dari itu, maka Allah memberi padanya, menteri yang tidak jujur, hingga jika lupa tidak diingatkan dan jika ingat tidak dibantu." (Riwayat Abu Daud). Seorang pemimpin itu menanggung tugas dan amanah yang harus dijalankan. Sementara untuk melaksanakan semua tugas itu tidak mungkin dilakukannya sendiri. Oleh sebab itu, perlunya kepada penyokong dan pendukung yang sentiasa membantu dan memberi sokongan. Berikut merupakan ca