[KALAM PIMPINAN : ERTI KEMERDEKAAN]
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam keatas Junjungan besar Nabi Muhd SAW, keluarga, sahabat serta pengikut-pengikutnya. Allah berfirman didalam al-Quran; إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا ۖ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)". al-An'am ayat : 79 Ayat ini sering kali dibaca dalam solat iaitu semasa membaca doa Iftitah, namun adakah kita menghayati ayat ini ketika membacanya dalam solat? Ayat ini lanjutan daripada 3 ayat sebelumnya yang mana menceritakan tentang kisah Nabi Allah Ibrahim SAW mencari-cari siapakah Tuhan yang selayaknya untuk disembah. Bermula daripada menganggap bintang, bulan dan matahari yang bersinar-sinar itu sebagai Tuhan, t...