[RISALAH IQTISODIAH BIL 03 : BOIKOT : ANTARA REALITI DAN KONTROVERSI]
Boikot: Antara Realiti dan Kontroversi Muhammad Ilman bin Abdul Razak Siri 03 Sejauh Mana Implikasi Kepada Israel? Bagi menilai keberkesanan boikot, seharusnya kita melihat kepada kesannya terhadap status ekonomi Israel dan sejauh manakah ianya mempengaruhi pendirian Israel di dalam proses perjanjian damai dan tindakan ketenteraan. Pendapatan negara haram Israel sejumlah besarnya adalah daripada aktiviti eksport. Sebarang gangguan dan sekatan pada capaian pasaran luarnya, secara sedikit sebanyak akan mengganggu gugat pendapatan negaranya. Apabila, gerakan boikot pada hari ini berterusan dan semakin mendapat sambutan, kesan terhadap Israel semakin ketara. Kegusaran Israel terhadap implikasi gerakan boikot ini juga terzahir melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Jun 2014 oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang mengklasifikasikan Kempen BDS ini sebagai ancaman yang terancang kepada Israel. Begitu juga jika dilihat kepada kenyataan...