Posts

Showing posts from December, 2020

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) AMALI ]

Image
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sentiasa menjadikan aspek pentarbiahan sebagai salah satu aspek terpenting dalam pembinaan insan yang kamil lagi sempurna. Usrah adalah salah satu tunjang pendidikan yang dapat membentuk fikrah dan mengukuhkan lagi ukhuwah. Bersempena dengan imtihan fasa pertama yang bakal tiba tidak lama lagi, peringkat Jabatan Fasilitator (JATA) di bawah Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM telah menetapkan tarikh bermulanya Discussion Group Amali adalah pada 1 Januari 2021. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman kerana sentiasa menjalinkan hubungan silaturahim. Sama-sama kita panjatkan doa agar Allah permudahkan urusan peperiksaan fasa pertama akan datang. WAN MUHAMMAD AFIF BIN WAN KOZIL, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, BKAWM sesi 2019/2020. “Memperkasakan Kebajikan, Melestarikan Kesatuan” “BKAWM Keluarga Kita" "Bersama Bersatu"

[ KALAM PIMPINAN: KONSEP ILMU YANG SEBENAR DALAM ISLAM ]

Image
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam dengan izin-Nya dapat kita merasa nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda Rasulullah SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Semoga kita terus thabat dalam menyampaikan risalah Rasulullah SAW. Dari Abu Hurairah r.a, ia berkata daripada Rasulullah SAW: إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. Maksudnya: "Jika seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak yang soleh" (HR. Muslim) Berdasarkan hadis di atas, apa yang ingin difokuskan di sini ialah apabila seseorang itu telah tamat riwayat hidupnya, selain doa anak yang soleh dan sedekah jariyah, maka yang bersamanya itu nanti juga adalah ilmu yang telah dimanfaatkannya semasa hidu

[ KALAM PIMPINAN: KITA PENYAMBUNG RISALAH NABI ]

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam yang menciptakan langit dan bumi, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang kita sayangi dan kita rindui. Bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan rahmat yang telah diberikan setiap detik dalam kehidupan kita serta budi dan pengorbanan yang tidak terkira keatas penghulu kita Nabi Muhammad SAW atas dakwah penyebaran Islam yang kita sedang nikmati pada saat ini. Nabi Muhammad SAW diutus oleh Allah SWT kepada umat akhir zaman. Seperti yang kita ketahui, Nabi Muhammad SAW diturunkan adalah bertujuan untuk membawa risalah yang telah diamanahkan keatasnya oleh Allah SWT untuk disampaikan kepada sekalian makhluk pada akhir zaman. Rasulullah SAW tampil sebagai pembawa risalah Islam yang mencakupi هدى dan دين الحق. Selain itu, Rasulullah juga hadir sebagai saksi, pembawa berita gembira dan peringatan, menyeru ke jalan Allah dan sebagai pelita yang menerangi agar kita semua dap

[ BERITA: MAJLIS GRADUASI BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN 2020 ]

Image
KAHERAH, 22 November 2020, - Majlis Graduasi 2020 anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2019/2020 dengan kerjasama Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah berjaya dilaksanakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan. Program ini telah berlangsung dari jam 12.30 tengah hari sehingga 8.00 malam. Ahli Jawatankuasa Pelaksana program ini terdiri daripada 8 orang.    Objektif majlis ini adalah untuk meraikan anak-anak Wilayah Persekutuan yang telah tamat pengajian. Seramai 14 graduan siswa dan 16 graduan siswi menyertai Majlis Graduasi 2020 ini.  Program telah dimulakan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Encik Muhammad Azrul bin Ismail, Atase Pendidikan Wilayah Persekutuan. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian anugerah bagi mereka yang telah berjaya menamatkan pengajian di Mesir. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama semua graduan yang hadir. Sepanjang majlis be