Posts

Showing posts from March, 2019

[ FEST ‘19: MUAMALAT DILAKSANA, EKONOMI DIJANA ]

Image
KAHERAH, 13 Mac 2019 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2018/2019 telah berjaya mengadakan program Wilayah Persekutuan Food Festival 2019 (FEST ’19) selama empat hari. Program ini telah diadakan di Asrama Baharu Wilayah Persekutuan Hayyu Sabie'. Seramai 22 orang ahli jawatankuasa pelaksana program dan 59 orang ahli jawatankuasa kecil diperuntukkan.  Antara objektif penting FEST ’19 ialah menjana ekonomi serta memperkasa tahap kewangan BKAWM di samping itu membuka ruang kepada ahli untuk menjana kewangan. Program ini juga bertujuan menerapkan urusniaga berlandaskan perundangan Islam dan mewujudkan suasana mahabbah antara ahli BKAWM dan seluruh mahasiswa Mesir yang hadir. Sebanyak 10 gerai yang dibuka terdiri daripada 7 gerai makanan bagi penender siswa, 2 gerai makanan bagi penender siswi dan satu gerai air yang dioperasi oleh pihak program sendiri. Gerai-gerai yang beroperasi menyediakan pelbagai juadah yang menarik antaranya ialah Nasi Lema

[ RISALAH BIAH SOLEHAH: UKHUWAH ]

Image
Ukhuwah adalah satu perkataan yang mudah dilafaz, namun untuk menzahirkannya amatlah sukar, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati. Firman Allah SWT: وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنْفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ “Dan Dialah yang menyatupadukan di antara hati mereka  (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”                                                                                                                          (Surah Al-Anfal: 63) Dengan ukhuwah, mukmin akan saling menguatkan agar menjadi satu umat yang kuat. Rasulullah SAW bersabda: المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضًا “Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebahagian yang lain.”  (HR. B